Saturday 25 January 2014

Jadual Mengepam

Saya akan pam 3 jam sekali. Sepanjang hari bekerja saya pam 3x di office. Perlu diingatkan kita wajib pam 2-3jam sekali.



Waktu pam di office:
Pagi lepas breakfast 10.00am-10.30am
(pam selepas makan supaya production susu keluar banyak)
Tengahari lepas lunch 2.00pm-2.30pm
(pam selepas makan supaya production susu keluar banyak)
Petang sebelum balik 4.30pm-5.00pm
(mesti pam sebelum balik sebab kita tak tahu perjalanan balik nanti berapa lama, dengan jem bagai..kalau tak pam, kang bila breast bengkak & sakit kang gelabah pulak dalam kereta nanti..)

Waktu pam di rumah:
Lepas breastfeed Mikhail (sebelum tidur) dalam 11.30pm-12.00am 
(sekiranya sempat, saya akan buat tandem pumping waktu ni sebab takut tertinggal sesi mengepam & tandem nursing juga salah satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan susu badan - ha, tips ni doktor baby saya yang bagitau)

Awal pagi dalam 4.30am-5.00am
(waktu ni hormon prolaktin meningkat, kalau kita pam waktu ni, insyaAllah kita akan dapat hasil susu yang banyak. Tips ni dapat dari Kak Asiah. Tapi waktu ni kadang2 terbabas jugak bila dah penat sangat setiap hari travel dari Sg Buloh ke KL (1 jam 15minit) hantar Mikhail ke nursery lepas tu baru gerak gi office. so kenalah curi masa yang lain untuk ganti semula sesi mengepam ni-sekiranya tertinggal sesi ni)

NOTE: Kalau perlu buat Power Pumping, biasanya saya akan pam 2.00am-3.00am. waktu period, WAJIB! Sebaik2nya power pumping ni buat waktu pagi2 buta dalam kul 2,3 camtu. Baru hasilnya lebih meriah sebab paras hormon prolaktin yang menghasilkan susu sangat tinggi masa tu. Ditambah lagi dengan syahdu malam tu kan, menenangkan, so susu pun tak segan2 nak keluar.



Waktu cuti Sabtu & Ahad:
Sesi pam hujung minggu ni biasanya tak consistent sebab bila dah duk rumah tu banyak kerja nak kena buat, so waktu hari bekerja je boleh dapat timing yang consistent. Jadi untuk memudahkan diri saya untuk mengingat waktu mengepam, saya akan guna sifir 3.
12.00am-12.30am
3.00am-3.30am
6.00am-6.30am
9.00am-9.30am
12.00pm-12.30pm
3.00pm-3.30pm
6.00pm-6.30pm
9.00pm-9.30pm

Bila pakai manual/single pump, pam 15minit kiri & 15minit kanan. 
Kalau electic/double pump, pam 15 minit ke dua2 belah breast.
Psss: Lagi bagus kalau dapat buat 20minit untuk make sure breast betul2 kosong. 
 Timing mesti consistent. So that dah hantar signal kat otak, waktu tu susu kena keluar.

So total sehari saya pam sehari 5x. Waktu lain just bagi direct feed. 
Actually sikit tu 5x, dapat buat lebih banyak lagi bagus.

Pukul 12.30am. Tengah get ready Medela Harmony untuk aktiviti mengepam seperti biasa.. Biasanya saya pam depan laptop sambil layan movie supaya rasa enjoy & hilang sikit rasa mengantuk nih... :)


Selamat Mengepam.. Jangan malas2 ye..
Peringatan untuk diri sendiri juga :)


No comments:

Post a Comment