Monday 13 January 2014

Stok EBM Selepas Habis Berpantang

Stok EBM sepanjang berpantang..sebelum masuk kerja, September-Oktober 2013
Psss: Paper bag tu untuk saya sort ikut tarikh (belajar dari sini)

Percaya tak ni je stok EBM saya masa dah dekat nak masuk kerja?
Time ni memang cetek ilmu tak tahu langsung tentang penyimpanan stok ebm. Menyesal tak sudah sebab tak research awal2 ilmu tentang ebm ni sebelum bersalin lagi, seeloknya research la masa mengandung. Sebab sebulan lepas bersalin kita penat sangat, tak larat sampai tak sempat nak research apa2 kat internet sbb focus pada baby.. Sibuk survey deep freezer la.. ulang alik masuk keluar klinikla... ha tu yg selamba je pakai stok susu sebab tinggalkan kejap Mikhail kat umah.. Sebenarnya sebelum mengandung lagi saya dah pasang niat nak fully bf anak selama 2 tahun. Tapi persediaan takde. Masa tu malas namanya hahaha.. So next time kita start buat stok starting hari ke 7 berpantang!! Ada orang kata 2 minggu berpantang dah boleh start buat stok.. Tak boleh nak pam awal sangat takut over supply katanya.. nanti breast tersumbat! Saya pernah mengalaminya..memang nangeeesssss huhuhu.. Lepas tu tuam breast ngan air suam panas baru la susu berjalan lancar.. Jadi eloklah tunggu susu matang keluar dulu baru buat stok.. sebab seminggu tu susu kolostrum kan..sementara susu kolostrum keluar kena la bagi direct pada baby..

Ciput je kan stok saya selepas berpantang.. (dalam gambar di atas). Rasanya tak sampai 100oz. Sikit sangat. Mula la risau bila dekat2 dah nak masuk kerja tapi stok ciput. Akhirnya bila dah start keja saya dah letak target, AT LEAST mesti ada WAJIB 200oz sebulan. Dapat lebih lagi bagus.

Tengok cara saya simpan EBM dalam plastic bag storage tu pun nampak sangat jahil lagi xde ilmu time tu..besar2 gedabak je hahah.. Last2 cousinku yang ajar camne nak jimat ruang dalam deep freezer tu.. buat leper2 n simpan kemas2..and banyak lagi la tunjuk ajar dia.. Time kasih bebanyak yer Echa..

Start dari situ boleh dikatakan tiap2 hari saya research pasal stok EBM. Gali ilmu sebanyak mungkin. Banyak bukak blog2, FB, baca buku & collect info.. rasa enjoy!

Ref page: susuibu.com, Kump. Ibu Menyusukan (FB)





Stok EBM, 27 Oktober 2013 sehingga 21 January 2014
(Sila klik untuk lihat cara penyimpanan stok EBM - ni cara saya ye, terpulang pada masing2 nak susun macam mana supaya sendiri senang nak faham..yg ni susun ikut FIFO rule)

Masa ni dah insaf hahahah..
Alhamdulillah total setakat ini 622oz :)
Target by February hopefully dapat mencecah sehingga 1000oz, inshaAllah.. Doakan sesama ye!

Walaupun ambik masa sikit nak penuhkan deep freezer ni, tapi seriously saya rasa enjoy buat semua ni. Saya rasa bersemangat nak buat stok selagi belum penuh!
So far, Mikhail dah menganjak usia ke 4 bulan and fully breastfeed alhamdulillah syukur Ya Allah.. :)

I LOVE BREASTFEEDING! <3

No comments:

Post a Comment