Thursday 23 January 2014

Membersihkan Alatan Mengepam

"Disebabkan penggunaan yang tegar, korang tak perlu la nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). 

Untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.

Di pejabat, lepas pam.. simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja."

Salah satu Petikan dari blog ini.



Pernah juga banyak kali saya dengar tentang info ni. Kita tak perlu basuh setiap kali lepas pam.. cuma lap bagi bersih kemudian terus simpan dalam cooler bag sahaja. Make sure cooler bag tu ada letak ice packs. Untuk EP mom saya rasa, perlulah guna cara yang disebutkan ni.. Ye la, manala larat setiap kali je pam, setiap kali tu nak kena basuh.. Memang saya tabek spring la to EP mom nih.. 


So far, belum pernah buat cara macam ni sebab pagi2 lagi bila dah sampai ofis, selalunya saya akan simpan ice packs kat bahagian freezer untuk kasi beku. Sebab kalau sepanjang hari letak dalam cooler bag je, ice packs tu semakin lama akan semakin mencair.. Balik pulak nak kena guna ice packs yang sama untuk simpan EBM. Kalau mencair ice packs tu..kita pulak rasa tak yakin susu kita dapat ke bertahan lama dalam cooler bag tu..?


Note: Boleh guna cara di atas, tapi kena beli extra ice packs & extra cooler bag. So tinggalkan je untuk kegunaan kat ofis.

Setakat ini, hari2 saya basuh setiap kali lepas habis mengepam..



Peralatan Yang Digunakan Untuk Membersihkan Pam


Span

Saya basuh pam/bottle storage/feeding bottle guna span macam kat sebelah ni.
Eloklah guna span sendiri, baru kita yakin bersih setiap peralatan yang kita basuh tu.
Dah try pakai yang jenis berus tu tapi tak cukup bersih & buat bottle saya bercalar2. Last2 span jugak yang terbaik.





Liquid Cleanser

Pakai Liquid Cleanser yang ni.. Brand Pureen..Mint Flavour best. Brand Pigeon pun best. Rasa bersih je lepas guna sabun2 nih..


Mangkuk plastik bertutup

Image from Google

Ha, untuk apa saya guna mangkuk plastik ni? Saya tak pastila cara orang lain macam mana.. Tapi saya punya style sendiri, macam ni...

Selesai je sesi mengepam, setiap pagi di ofis, saya akan sediakan siap2 air sabun dalam mangkuk plastik ni (setiap hari)..untuk kegunaan basuh pam ni lah.. 
So kalau 3x pam, rotate pakai sabun yang sama je. Cara ni untuk menjaga kebersihan, lepas tu dapat save bajet, takde la nanti sabun tu cepat habis kan. 

Dah habis pakai, saya tutup mangkuk plastik yang berisi air sabun ni rapat2 & sorok dalam laci pantry hahaha.. bukan kedekutla.. actually sorok ni sebab kalau biar kat sinki tu nanti tak pasal2 ada staff yang main guna je sabun tu sampai jadi kotor..tak pasal2 jugak saya kena sediakan balik sabun yang baru.. Masa simpan, span letak siap2 atas penutup mangkuk tu. 
Cara ni jimat masa.. takde la lama2 kat pantry tu semata2 nak membasuh bagai.. celup je span tu dlm air sabun lepas tu basuh je la pam.. senang tak payah tiap kali basuh nak kena tekan2 bekas sabun bagai..lepas tu saya akan steril sekejap pam tu sebelum balik..tapi steril tak perlu selalu..saya steril pam seminggu dalam 3x je camtu..

Petang nak balik kerja, buang air sabun tu, basuh mangkuk plastik & span..simpan balik tempat biasa..Esok rotate la, buat balik sabun yang baru pula..

Yang penting, jaga kebersihan penting untuk baby kesayangan kita :)


No comments:

Post a Comment