Wednesday 22 January 2014

Kenapa Perlu Simpan Stok Frozen EBM Yang Banyak?

Sebenarnya entry ni diwujudkan untuk beri penjelasan pada husband yang dah banyak kali dok bertanya kenapa saya gigih sangat nak simpan stok banyak2..

"Sayang nak buat apa stok banyak2 ni.. I tengok macam dah over je.."

Belum over lagi la encik husband.. Selagi deep freezer masih ada ruang, selagi tu I akan do my best untuk penuhkan susu dalam tu heheh...


Apa kepentingan frozen EBM ni?
Mostly BF mommy memang akan buat stok EBM. Tapi tak ramai yang simpan stok EBM sebagai BEKALAN KECEMASAN.

Kenapa perlu BEKALAN KECEMASAN? Dan kenapa saya gigih nak buat banyak2 stok?

Here's my reasons..


Kurang sihat/Period

Waktu period, memang akan menjejaskan production susu kita. Contoh bila saya pam time period, katakan selalunya sehari dapat total 15oz.. waktu period boleh jadi berkurangan ke 12oz je. Sebab itulah pentingnya stok, apabila bekalan EBM tak cukup, terpaksa la curi sikit stok frozen tu..

Waktu demam, kita masih lagi boleh menyusukan baby. Sebabnya susu kita mengandungi antibodi yang boleh melawan penyakit dari berjangkit ke baby. Tapi kalau kita ada sakit lain pulak yang tidak membolehkan kita untuk menyusu atau tidak mampu direct feed? Itulah gunanya stok frozen EBM sementara tunggu kita sihat kembali baru boleh meneruskan semula penyusuan.


My advice is "Sediakan Payung Sebelum Hujan".


Target Menyusukan Selama 2 Tahun, InsyaAllah..

Kita tak tahu in a future nanti susu kita banyak ke macam kita dapat hari ni? Sebab susu ibu ada pasang surutnya. That's why saya perlukan stok yang banyak supaya Mikhail terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100% tanpa bantuan susu formula langsung. InsyaAllah..

Note: Perlu diingatkan, susu yang dibeku lebih berkualiti dari susu formula :)

Anak Akan Semakin Hari Semakin Banyak Menyusu

Anak kita kan semakin membesar, dan tiba masanya nanti anak akan minum susu lebih banyak dari hasil pengepaman kita sehari. Sebab itulah saya perlukan stok susu untuk cukupkan permintaan dari anak.

Training/Travel Dalam Jangka Masa Yang Lama/ Baby Tinggal Di Rumah Sekejap Dalam Jagaan Family

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, sebab company saya suka buat aktiviti luar macam kena pergi training or travel mana2 & jauh daripada anak, so dengan adanya stok frozen itula yang membolehkan suami/penjaga sediakan susu kepada anak dari bantuan stok frozen tu untuk menampung keperluan anak.

Bekalan Stok Sebelum Kembali Bekerja

Kita akan rasa selesa bila kita berada di zone "selamat". Meaning that, bila stok kita banyak/mencukupi..InsyaAllah kita tak perlu risau tentang masalah bekalan susu.
Bila dah masuk kerja nanti, nak tak nak kita terpaksa juga hantar anak ke nursery/pengasuh/penjaga yang lain. Sebab kita working mom.

Jadi, bila ada stok susu yang mencukupi..kita still terasa dekat je dengan anak walaupun jauh di depan mata kita. Sebab dia masih lagi fully breastfeed kerana menggunakan bekalan stok susu badan kita :)


Apapun setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Ada ibu-ibu yang rasa tidak perlu buat stok banyak-banyak dan ada pula yang sampai beratus-ratus susu beku, yang pasti semuanya takde salahnya. Apa yang penting anak kita dapat susu yang terbaik dari kita sehingga 2 tahun tanpa susu formula, InsyaAllah..




No comments:

Post a Comment