Monday 21 April 2014

Freezer Burn


Lihatlah Frozen EBM ku... yang seakan2 berkulat ini... seram tengok!

Apa itu Freezer Burn ?
Menurut wikipedia, Freezer burn is a condition that occurs when frozen food has been damaged by dehydration and oxidation, due to air reaching the food.[1] It is generally induced by substandard (non-airtight) packaging.

Maksudnya, kerosakan yang berlaku pada makanan yang dibekukan kesan daripada proses dehidrasi dan pengoksidaan pada makanan tersebut. Ia biasanya berlaku akibat proses pembungkusan yang tidak memenuhi piawaian.


Apabila susu perahan dibekukan, molekul air akan membentuk kristal ais. Molekul air akan bergerak ke bahagian yang mula membeku dan lebih sejuk. Ini mengakibatkan bahagian yang kurang sejuk sejuk mengalami dehidrasi. Tambahan pula, bagi bahagian yang berlemak, proses pengoksidaan akan berlaku dan menyebabkan perubahan warna dan bau. Inilah 'tompok-tompok putih' itu.

Ha, sila lihat gambar di atas. Nampak tak EBM macam tompok2 putih macam berkulat? It's not KULAT tau. It's Freezer Burn. Itula yang terjadi pada susu perahan saya yang telah dibekukan. Boleh dikatakan separuh daripada simpanan stok EBM saya terkena Freezer Burn ni.. Saya simpan EBM selama 5 bulan, bila nak ambil stok EBM tu baru terperasan EBM saya jadi macam kat atas ni! Apa lagi..menangisla saya tu la sape suruh simpan EBM lama2 sgt sampai 5 bulan dalam freezer tu.. ni kes sayang nak guna la ni..eheheh..


Apa yang penting, Adakah susu perahan ini masih selamat?

Ya, susu ini MASIH SELAMAT dan BOLEH diberikan pada bayi. TETAPI.. susu akan sedikit masam dan ada perubahan rasa pada susu. Perubahan rasa ini juga menyebabkan sesetengah bayi tidak suka kepada susu perahan yang telah dibekukan. Saya pernah rasa susu yang terkena freezer burn ni. Memang rasanya tengit sangat. Patutla anak menolak untuk minum susu ni.

Macam mana kalau anak menolak susu ni?
Campurkan dengan Fresh EBM (dalam botol tu letak separuh THAWED EBM, separuh FRESH EBM), kalau anak masih boleh minum kira okay lega lah kan. Kalau dia tak nak minum terpaksa la BUANG. Buang? Oh tidakkk!!!! :(

Bagaimana nak elakkan freezer burn ?
Freezer boleh dielakkan dengan :
  • Elakkan kekerapan menbuka peti beku, Ini  membantu  menstabilkan suhu dalam peti beku serta memastikan suhu kekal di bawah 0C.
  • Gunakan kaedah pembungkusan yang piawai seperti plastik khas untuk susu perahan yang pre-steril. Pastikan udara dikeluarkan daripada bungkusan sebelum plastik. Tinggalkan sedikit ruang untuk 'susu mengembang'.
  • Sejukkkan dulu susu perahan di bahagian bawah peti ais sebelum dibekukan di peti beku. Ini mengelakkan perubahan suhu yang ketara pada susu. Perubahan susu yang mendadak juga menggalakkan berlakunya Freezer Burn. *Make sure susu sama sejuk dulu baru pindahkan ke dalam freezer.
  • Elakkan menyimpan susu perahan yang dibekukan telalu lama. Semakin lama di dalam peti beku, peluang Freezer Burn untuk terjadi semakin tinggi. *Saya cadangkan paling lama nak simpan dalam freezer pun maximum 3 bulan sahaja ye!!

No comments:

Post a Comment