Tuesday 29 April 2014

Spirulina (Elken) + Kurma + Omega Guard + Shaklee + Jagung

Saya mendapat feedback dari kawan satu ofis. Dia ni memang susu melimpah ruah.. Sekali pam dapat 10oz..Ya Allah..terasa cemburunya! 

Saya tanya dia amalkan apa bagi susu banyak.
Dia bagitau, sejak mengandung lagi hari2 dia makan kurma. Dalam sehari tu dia makan 3-7biji kurma. Dan sejak mengandung lagi dia makan Spirulina from Elken. Even dah lepas bersalin pun dia masih amalkan Spirulina tu.

Jadi, saya berniat untuk next anak saya nak amalkan macam ni lah.. tak lupa juga nak amalkan pengambilan Omega Guard (fish oil) yang elok untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan/bayi menyusu. Dan masa mengandung anak next nih.. saya nak amalkan ESP bagi kulit anak putih la kononnya..haha..nak amalkan Set Mengandung Shaklee!

Sweet corn pun nak jadikan amalan sebab kawan ofis cakap dia kerap makan sweet corn tu..anak dia pandai, petah bercakap ..fikiran tu laju je..heheheh..

InsyaAllah..

Monday 28 April 2014

Perkembangan Mikhail @ 7 Months+

Mikhail boleh merangkak dengan lebih laju! Saya tak pasti betul ke merangkak sebab badan dia masih lagi mencecah lantai..tapi dia semakin laju! :)

Semasa 7 bulan sehingga pertengahan 7 bulan, tulang belakang Mikhail semakin kuat. Mikhail dah start lebih selesa duduk daripada baring. Kadang tu dah letak dalam car seat sebelum ni dia asik baring je pastu terus tertido. Sekarang ni, dia lagi suka nak duduk & lebih aktif! :)


Mikhail saaaaangat sangat rapat dengan saya.. dan saaaaaangat manja dengan saya! 

Dulu pun rapat jugak tapi masa tu Mikhail lebih kepada ayahnya. Selama 6 bulan sebelum ni saya banyak ambil hati Mikhail, main2 dengan dia, tukar2 lampin, mandikan dia..bacakan buku untuk dia..selalu peluk Mikhail waktu dia menyusu badan..nyanyi & menari dengan dia.. lama2 jadi rapat sangat :)
Kalau saya tinggalkan dia sekejap dia dah nangis walaupun ayah tengah pegang dia. Nakkk jugak saya..so sweet! Walaupun kdg2 tu saya susah nak buat kerja sbb Mikhail asik nak saya dengan dia..tapi saya tak penah rasa Mikhail menyusahkan.Orang lain yang rasa macam tu sampai suruh saya guna walker! Oh BIG NO NO NO!! Memang kalau sesape bagi hadiah walker pun saya tak akan pakai! Saya lebih selesa Mikhail manja & sangat rapat dengan saya.. :)

Kadang2 sampai ayah dia jeles tau...

Nak kena start BANYAKKAN TOYS UNTUK MIKHAIL. Toy yang lebih advance okeh..sebab Mikhail makin ligat bermain / explore :)

  1. Ajari anak untuk bisa duduk tegak tanpa bersandar.
  2. Ajak anak bermain ci luk ba.. biasanya bayi akan tertawa bila kita ajak bermain cilukba ini.
  3. Ajarkan dia memegang benda kecil dengan menggunakan 2 jari mereka hal ini akan berguna bagi anak untuk memegang makanan seperti biskuit.
  4. Ajari juga cara makan biskuit pada anak, awasi mereka ketika memakan biskuit, terkadang bayi 6 –8 bulan masih suka tersedak karena menelan biskuit yang telalu besar ukurannya. Untuk itu pilihlah biskuit yang mudah larut.
  5. Ajari dia berdiri dengan berpegangan, juga jalan berpegangan (dipapah).
  6. Biasakan mengobrol dengan anak (mengajak mereka berbicara)
  7. Latih mereka mengucapkan kata-kata sederhana seperti mama papa dan lain-lain.
  8. perhatikan mainan yang anda beli untuk bayi umur 6 – 12 bulan, anak pada usia ini suka memukul-mukul mainan mereka jadi belilah mainan yang aman untuk dipukul-pukul.
  9. Mengoyak kertas
  10. Aktiviti ini paling digemari oleh si kecil. Mengoyakkan kertas bagi mereka satu perkara yang sangat menggembirakan. Mendengar bunyi kertas dikoyak dan dironyok sudah cukup membuatkan bayi ketawa. Bagaimanapun pastikan sisa kertas tidak dimasukkan ke dalam mulut si kecil.

Dulu pandai sebut ma ma ma.satu2 ..skrg ni kalau cari mama je..sebut Mama terus.. I'm so proud of you, son :)


Mikhail dah start pandai MEMILIH orang. Dia dah pandai select siapa yang dia nak, siapa yang dia taknak. Sebab tu kadang2 ayah dia marah/frust sbb Mikhail mesti nak saya jugak bila bawak kuar mana2.. sedangkan sebelum ni masa umur dia 0-6months dia nak je semua orang.. Bila start 7 months ni, dia dah start memilih.. Dan dah tentu orang pertama yang dia pilih adalah saya mama dia sendiri..Thank you sebab sayang mama.. Mama pun sayaaaang Mikhail infinity!! Tapi jangan jadi anti-social yer darling sayang..


Mikhail WAJIB start tido 9pm. Sepatutnya lebih awal sebab dia baby, perlu tido yang panjang. Tapi yer la bukan duduk rumah sendiri memang susah nak kontrol sebab ramai yang suka nak main dengan dia.. So I always remind them, OKAY MIKHAIL KENA TIDUR AWAL, ESOK KENA PERGI NURSERY.


Seminggu sebelum Mikhail cukup 8 bulan, Mikhail dah pandai guna Sippy Cup. Tapi kadang2 tu kalau dia dah boring minum, dia akan main2 gak ngan sippy cup tu sambil ketuk2 haha..

2 hari sebelum Mikhail cukup 8 bulan, tulang belakang Mikhail dah kuat..dan tak perlu lagi nak kena support belakang dia.. So Mikhail dah berjaya duduk sendiri sorang2...alhamdulillah.

Sehari sebelum Mikhail cukup 8 bulan pada 13/5/2014 , Mikhail jadi Spiderman! Apa tu? Haaa..Mikhail dia terjun katil la! Sampai benjol kepala ..cepat2 anta ke wad emergency Putra Medical Centre.. alhamdulillah doktor cakap Mikhail takde apa2 cuma benjol sikit je takde muntah takde demam..he's good..Mikhail strong..eishhh fobia aku! Semuanya berlaku dalam masa 3 saat! Benda paling aku jaga ni la yang terjadi pulak..so pasni kena infinity extra careful!!

Bila nak direct feed, sebut SUSU dia dah faham..hehe..


resepi mkanan bayi.cuba lihat blog ni

http://keluargabaru.com/resepi-makanan-bayi-6-8-bulan-yang-berkhasiat/

http://keluargabaru.com/makanan-pertama-yang-terbaik-untuk-bayi-anda/

http://keluargabaru.com/makanan-pertama-si-kecil/

5 Makanan Terbaik Untuk Bayi

dpt dr babycentre.com
Sumber dari http://azlinzain.blogspot.com/2012/07/5-makanan-terbaik-untuk-bayi.html

Untuk bayi yg masih baru dgn makanan pejal, harusla kita purikan makanan itu. Samada kisar atau lecek dgn alat yg sesuai. 


1. Kacang dhal @ Lentils
Ia dikatakan kaya dengan serat dan protein. Kacang dhal juga tidak mahal dibandingkan dengan sayuran yg lain.


Cara penyediaan:
Kacang dhal yg telah direndam semalaman dan direbus empuk boleh dicampurkan dengan sayuran lain atau bubur anak bayi kita. Perasa bole diubah cara samada madu dan kismis untuk rasa manis. Sedikit garam atau lada hitam untuk rasa yg berlainian. Bolehlah ia dikisar atau dilenyek.



2. Brokoli @ broccoli
Ia kaya dengan serat dan kalsium dan mempunyai rasa yang unik dan mampu membantu bayi menerima lebih banyak rasa baru.


Cara penyediaan:
Kukus brokoli dan taburkan sedikit perasa dan boleh dicampurkan dalam bubur nasi atau kisarkan ia tanpa campuran apa2 yg lain.




3. Sayuran berdaun hijau gelap
Ia kaya dengan zat besi dan folate contohnya bayam dan sawi. Ia memberikan tambahan dua kali ganda zat besi bila dicampurkan ke dalam hidangan bayi seperti bubur atau bijirin bayi.


Cara penyediaan:
Kukus dan kisarkan ia sebelum dicampurkan ke dalam bijirin atau bubur nasi bayi. 





4. Beri biru.
Ia baik untuk organ penglihatan, perkembangan otak dan saluran perkumuhan bayi.


Cara penyediaan:
Campurkan semangkuk kecil beri biru dan air dan letakkan dalam microwave sebentar. Campurkan yogurt dan purikan ia.



5. Daging
Ramai yang negatif tentang daging untuk diperkenalkan kepada bayi, tapi sebenarnya daging jika dimasak dengan betul akan menjadi sumber zat besi dan zink yang diperlukan bayi.


Cara penyediaan:
Rebus atau renehkan daging dengan sayuran lain contohnya lobak merah dan sedikit halia serta perasa yang sesuai. Pastikan daging cukup empuk dan lembut sebelum dikisar atau dilenyek.


Tuesday 22 April 2014

BF : Bahaya Air Kosong & Madu Kepada Bayi

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi apa khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*...kadang kala ibu2  rsu bayi akan sembelit..akan tetapi tidak kita ketahui susu ibu itu sempurna..ia akan mencair ketika cuaca pns utk menghilangkan dahaga bayi (akn lebih air dari lemak) dan akan memekat ketika cuaca sejuk utk mengenyangkan bayi (lebih lemak dari air)

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyaianti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.


**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)


KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY?

By Chilla Jamaludin and Nurul Farah Azih in Kump. Ibu2 Menyusukan · 

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang

sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat

diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.



Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium

botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu

“Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.



Apa itu “botulism”?

Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata

kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika

bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan

muntah2,cirit-birit dan sakit badan.



Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila

madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis

toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak

matang dan menyebabkan “botulism”.



Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah

lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur

untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada

umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan

diberi bawah umur 1 tahun.



Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal

symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau

makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)



Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36

jam.Jika muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau

doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan

berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot

pernafasan

Monday 21 April 2014

Freezer Burn


Lihatlah Frozen EBM ku... yang seakan2 berkulat ini... seram tengok!

Apa itu Freezer Burn ?
Menurut wikipedia, Freezer burn is a condition that occurs when frozen food has been damaged by dehydration and oxidation, due to air reaching the food.[1] It is generally induced by substandard (non-airtight) packaging.

Maksudnya, kerosakan yang berlaku pada makanan yang dibekukan kesan daripada proses dehidrasi dan pengoksidaan pada makanan tersebut. Ia biasanya berlaku akibat proses pembungkusan yang tidak memenuhi piawaian.


Apabila susu perahan dibekukan, molekul air akan membentuk kristal ais. Molekul air akan bergerak ke bahagian yang mula membeku dan lebih sejuk. Ini mengakibatkan bahagian yang kurang sejuk sejuk mengalami dehidrasi. Tambahan pula, bagi bahagian yang berlemak, proses pengoksidaan akan berlaku dan menyebabkan perubahan warna dan bau. Inilah 'tompok-tompok putih' itu.

Ha, sila lihat gambar di atas. Nampak tak EBM macam tompok2 putih macam berkulat? It's not KULAT tau. It's Freezer Burn. Itula yang terjadi pada susu perahan saya yang telah dibekukan. Boleh dikatakan separuh daripada simpanan stok EBM saya terkena Freezer Burn ni.. Saya simpan EBM selama 5 bulan, bila nak ambil stok EBM tu baru terperasan EBM saya jadi macam kat atas ni! Apa lagi..menangisla saya tu la sape suruh simpan EBM lama2 sgt sampai 5 bulan dalam freezer tu.. ni kes sayang nak guna la ni..eheheh..


Apa yang penting, Adakah susu perahan ini masih selamat?

Ya, susu ini MASIH SELAMAT dan BOLEH diberikan pada bayi. TETAPI.. susu akan sedikit masam dan ada perubahan rasa pada susu. Perubahan rasa ini juga menyebabkan sesetengah bayi tidak suka kepada susu perahan yang telah dibekukan. Saya pernah rasa susu yang terkena freezer burn ni. Memang rasanya tengit sangat. Patutla anak menolak untuk minum susu ni.

Macam mana kalau anak menolak susu ni?
Campurkan dengan Fresh EBM (dalam botol tu letak separuh THAWED EBM, separuh FRESH EBM), kalau anak masih boleh minum kira okay lega lah kan. Kalau dia tak nak minum terpaksa la BUANG. Buang? Oh tidakkk!!!! :(

Bagaimana nak elakkan freezer burn ?
Freezer boleh dielakkan dengan :
  • Elakkan kekerapan menbuka peti beku, Ini  membantu  menstabilkan suhu dalam peti beku serta memastikan suhu kekal di bawah 0C.
  • Gunakan kaedah pembungkusan yang piawai seperti plastik khas untuk susu perahan yang pre-steril. Pastikan udara dikeluarkan daripada bungkusan sebelum plastik. Tinggalkan sedikit ruang untuk 'susu mengembang'.
  • Sejukkkan dulu susu perahan di bahagian bawah peti ais sebelum dibekukan di peti beku. Ini mengelakkan perubahan suhu yang ketara pada susu. Perubahan susu yang mendadak juga menggalakkan berlakunya Freezer Burn. *Make sure susu sama sejuk dulu baru pindahkan ke dalam freezer.
  • Elakkan menyimpan susu perahan yang dibekukan telalu lama. Semakin lama di dalam peti beku, peluang Freezer Burn untuk terjadi semakin tinggi. *Saya cadangkan paling lama nak simpan dalam freezer pun maximum 3 bulan sahaja ye!!

Sunday 20 April 2014

Pemakanan Bayi

Bayi sejak lahir hingga 6 bulan
  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama. 
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan. 
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.

Bayi 6 bulan ke atas
  • Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur. 
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya.  
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda. 
  • Perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • Ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.

Bayi 1 tahun ke atas
  • Bayi berusia satu tahun ke atas sebaiknya masih menjadikan susu ibu sebagai pilihan terbaik kepada bayi anda. Bagaimanapun, bayi boleh mula diajar untuk minum fresh milk. Adalah didapati bahawa fresh milk lebih baik untuk diberikan berbanding susu formula kerana tidak melalui proses yang lama dan panjang. Expired date nya juga lebih pendek. Antara susu fresh terbaik adalah susu kambing.
  • Jus buah-buahan juga telah boleh diperkenalkan pada masa ini. Sebaiknya homemade jika beli yang di pasaraya, pastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi bagi bayi.
  • Tambahan perasa sebaiknya dielakkan.

Thursday 17 April 2014

Perkembangan Mikhail @ 6 Months+

Jom tengok apa yang Mikhail boleh buat masa dia 6 bulan+:


Dah boleh mengensot, merangkak tengah sedaya upaya cuba2 lagi tu.. Bila dia atas katil, paling risau bila kena tinggalkan dia sorang2 sebab nak pergi toilet, sambil2 tu pintu toilet tak tutup rapat, biar nampak sikit anak tengah buat apa.. Alih2 tak sempat tengok dia dah menyeberangi tilam & bantal2 yang lain. Kemain laju diaaa...

Dah boleh duduk tapi masih perlukan sokongan sebab belum pro lagi.. Ikutkan awal2 lagi memang nak ajar dia duduk tapi Opah dia yang tak kasi katanya tulang tak kuat lagi walaupun dalam hati saya yakin anak saya nye tulang dah kuat..hua2..Patutla ada sesetengah ibu yang sediakan tempat duduk untuk baby diorang...even baby diorang baru 3 bulan pun diorang dah start letak dalam tempat duduk tu.. Hmmmm :\

Masuk 6 bulan je dia terus dah makan 1st solid food dia Mashed Banana. Tapi malam tu dimuntahkan balik. Esoknya Opah suh kasi Cerelac & biskut Farleys je.. selama 1 bulan katanya usus belum kuat..wallahualam..follow je laaa nak jaga hati nye kan..

Suka sebut Mama mama  ma ma bila dia tau timing mama dia ni nak balik umah.. dalam kul 5.30ptg or 7.30ptg tu dia dah pandang pintu tunggu saya balik umah... so sweet nya dia... TQ sayang sebab rindu mama..hehe...lagi satu suka sebut da da da da..hehe

Aktif. Yes. Memang. Waktu demam pun aktif jugak dia.. alhamdulillah..

Manja dengan ayah sangat2. Sikit2 pandang ayah kan.. Kalau bawak stroller sikit2 nak pandang ayah.even mama yang bawakan pun nak jugak pandang ayah.. sampai mama naik jeles. Ye la dari pantang lagi ayah yang mandikan dia.. tukar pampers... dukung semua...yang mama dia ni belum mampu buat semua tu sebab sakit tongkeng yg amat..mampu bagi direct feed sambil baring aje.. rasa ruginya terlepas waktu tu..tapi nak buat cemana kan..dah sakit time tu...

Dari umur dia kecik lagi suka mengacah2, menjerit2 hehehe...semua orang suka tgk dia..

Bila bukak Hickory Dock atau Walking In The Jungle, laju je kepala tu dok teleng cari2..kalau dengar lagu Ya Hanana, belum sebut Allah.dia dah sebut dulu..ehehe..so funny..


Semoga anak mama nye perkembangan lebih maju berbanding sebelum ni...cant wait!! :)


Wednesday 16 April 2014

Ada Kesan Tak Kalau Ibu Menyusu Ambil Vitamin?

Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.
Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.
Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

Friday 11 April 2014

Review Pam Susu : Medela Swing, Medela Harmony dan Rumble Tuff

Okay.. Kali ni last! Stop dah beli Breastpump.. Penat okay..! Penat nak membayar ..ahahahah..

Beberapa hari lepas saya ada pergi satu baby fair di Ikano ni.. Saya tergoda tengok Medela Swing, harga asal RM799..harga promosi saya dapat RM559! (3/4/2014) Murahnyaaa.. Lepas la nak membeli guna duit bonus from my company.. Alhamdulillah..



My new BFF..hehe..


Lepas guna Medela Swing, apa yang boleh saya kata.. Memang terbaikla...

Bukan bila guna pump ni susu banyak (sebab susu banyak bergantung pada berapa kerap/rajin kita mengepam, orang kata Supply and Demand?).. tapi saya maksudkan kepuasan dari segi penggunaan Medela Swing ni saya boleh kata terbaik..suction dia smooth dan tidak menyakitkan nipple kita.. 

Motor nye sangat ringan, senang nak bawak travel/out station, dan tak ada lagi rasa lenguh2 mengepam sebab sebelum ni saya guna Medela Harmony (manual pump) memang letih.. Bila letih lama2 jadi malas mengepam la apa lagi kan.. Isk.. Insaf-insaflah...!

Saya tak kata Medela Harmony (RM199 beli di FabulousMom) tu tak elok. No lah.. Harmony pun elok yer..dan saya pun suka jugak..cuma beza dengan Swing ni.. saya tak lenguh langsung bila guna Swing..pada saya, harmony sesuai untuk ibu2 yang cuma nak BF baby sehingga 6 bulan saje sudah berbaloi hanya menggunakan harmony..sebab ye la manual dan murah pulak tu kan.. Swing pada saya sesuailah untuk orang macam saya yang sangat berharap dapat BF my baby until he's 2 years old! InsyaAllah...! Sebab kita nak guna lama sampai 2 tahun atau mungkin lebih untuk next baby..so why not kita laburkan sikit duit untuk berikan yang terbaik untuk anak kan?

Actually Swing agak bising bunyi motornye. Saya ni jenis yang lebih selesa mengepam di cubicle sendiri sebab pada saya jimat masa dan bila duduk depan laptop tu at least saya tak mengantukla kan bila mengepam tu.. Sekurang2 nya takde bos pelik tengok mana la pergi designer ni asik lesapkan diri je..eehehe.. Untuk mengurangkan bunyi bising motor Medela Swing tu, saya sembunyikan dalam laci lepas tu tutup la laci tu dan pandai2 lah ejas wire semua kan.. No more bunyi2.. Setel..

Medela Harmony saya masih lagi saya terfikir nak buat apa sebab bila dah ada Swing ni, saya rasa macam dah tak perlu dah Harmony.. actually Harmony memang banyak berjasa dengan saya dari umur anak 3 bulan sehingga 6 bulan.. baru 3 bulan je pakai..ada sape2 teringin nak beli tak? Saya jual separuh harga...eheheh..kalau post iklan kat FB ni konfem laku..

Rumble Tuff? Tak begitu sesuai dengan saya.. lain orang lain rasa dia... So mungkin pada saya tak sesuai pada orang lain sesuai...

Jadi, pilihla breastpump yang terbaik untuk korang.. biar la kita bayar lebih dan dapat yang terbaik..Kalau korang kayo beli la Medela Freestyle.. idaman kalbu tu.. sebab umah dah nak siap banyak nak pakai duit, ku simpan je la angan2 nak beli Freestyle tu.. Swing pun jadilah...

I Love You Medela Swing & Medela Harmony!




Thursday 10 April 2014

Susu Drop Ke 12oz - 13oz?

Ha.. ni yang nak bagitau ni.. sejak Mikhail dah masuk 6 bulan...now 6months++ lagi 3 hari nak masuk 7 bulan.. my breastmilk dah drop.. actually start drop tu betul2 bila Mikhail dah masuk 6 bulan.

Dulu nya boleh dapat sekitar 15oz - 18oz..sekarang ni hanya 12oz-13oz je..


Actually It's my fault la sebab kurang mengepam..sebab tengok kawan2 lain takde pun yang supportive (tiba2 nak salahkan kawan2 pulak ahhahah) and takde pun yang betul2 committed nak fully BF their babies kan.. Rata2 kawan2 kat ofis ni cuma pam di ofis je, ada yang dah campur FM walaupun still mengepam..di rumah memang tak pam. So disebabkan saya ikut style yang salah tu lah, lama kelamaan susu saya semakin drop! *Tamporrrr sikit diri sendiri!! *&#%#^@&*#@(?!#U$??? 

Tapiii.. alhamdulillah so far saya tak pernah bagi FM untuk Mikhail..InsyaAllah TAK AKAN SAMA SEKALI!

Memang tak dinafikan boleh dikatakan hari2 saya buat Power Pumping(PP) di ofis time lunch. Tapi tahla tak faham kenapa macam tak berhasil langsung!?

Saya dapat fikir satu benda je.. saya fikir body saya ni jenis tak berhasil apa2 kalau buat PP waktu siang. Mungkin kena buat PP awal2 pagi.. So saya kena ambil 1 minggu untuk test my body untuk buat PP awal2 pagi and tengok camne penghasilannya pulak.. Tengoklah ada masa nanti saya bagi review okay :)


Sunday 6 April 2014

BOLEHKAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?

SOALAN:
Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding).
Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.
Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).
Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.
Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.
Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.
Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui.
Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka.
Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.
Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja.
Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.
Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat.
Doktor pakar perubatan juga berpendapat bahawa menyekat penyusuan ibu di waktu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi akan mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak mendapat perlindungan dari susu ibu.
Teruskanlah menyusukan anak kerana susu ibu akan memberikan perlindungan kepada bayi yang disusui daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan ibu mereka demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrient dan antibodi melawan kuman.
Apabila seorang ibu mengalami demam, maka terdapat reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibody ini disalurkan kepada susu ibu.
(rujuk: Schulman CI, Namias N, Doherty J, Manning RJ, Li P, Elhaddad A, Lasko D, Amortegui J et al (2005). "The effect of antipyretic therapy upon outcomes in critically ill patients: a randomized, prospective study". Surgical infections 6 (4): 369–75)
Antara reaksi immunologi yang berlaku ialah:
1. Meningkatkan pergerakan leukocytes.
2. Menggalakan sel darah putih memusnahkan kuman
3. Mengurangkan kesan toksin
4. Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells)
(rujuk: Craven, R and Hirnle, C. (2006). “Fundamentals of nursing: Human health and function”. Fourth edition. p. 1044
Ibu yang demam juga digalakkan agar mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan bayi mereka dijangkiti seperti membasuh tangan sekerap yang mungkin, mengelakkan batuk atau bersin kepada muka bayi.
Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang demam ialah mereka tidak mempunyai selera untuk makan, sedangkan untuk memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak, seorang ibu harus menjaga pemakanan dan minum dengan banyak. Jika tidak beliau tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang harus diberikan kepada anak-anak mereka.
Jadi teruskan menyusukan menyusu bayi untuk kebaikan bayi itu sendiri.
Wallahu a’lam.

Sumber dari Facebook

Tuesday 1 April 2014

Kes Lupa Bawa Breastpump!

Jawapannya.... gunalah teknik marmet! hahah.. :)

Dulu memang saya sendiri tak confident yang saya boleh lakukan teknik marmet nih.. Sehinggalah hari ni saya telah membuktikan yang saya BOLEH! ehehhe..

Dengan teknik marmet ni, saya mengambil masa 1 jam (sangat lama sbb belum terer lagi) untuk dapatkan hasil 3.5oz. Sedangkan kalau saya menggunakan pam, dalam masa 1 jam saya dah boleh dapat 7oz.. It's okay takper.. 1st time katakan..

Ada member ofis yang offer suh pinjam pam dia tapi saya taknak sebab tiba2 terfikir nak buat teknik ni..alhamdulillah berjaya..Masa buat tu mula2 memang ada rasa sakit2 sikit sbb kita main pulas2 aje kan cik B ni haaha... next time insyaAllah i will improve..

Sebab saya main belasah aje janji keluar tapi lepas banyakkan pembacaan, rupanya begini:

Elakkan :
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh menyebabkan payudara anda melecet.
2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukakan payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara anda juga cenderung membengkak apabila anda melakukannya.

InsyaAllah.. saya akan belajar dengan cara yang betul next time.. :)

Happy Breastfeeding!