Thursday 6 March 2014

Supply And Demand

Supply And Demand
Penghasilan susu adalah berdasarkan konsep supply and demand.. Sebab itu hari-hari pertama bersalin, susu dalam kuantiti yang sangat sedikit.. Bersesuaian juga dengan saiz perut bayi yang cuma sebesar sebiji kacang hijau.. Pada hari-hari awal kelahiran, sesudu susu sudah mencukupi untuk mengenyangkan bayi..
Bila bayi mula memerlukan lebih banyak susu untuk pembesarannya, bayi akan menghisap lebih kerap dan ini memberi stimulasi kepada breast kita.. Signal dihantar kepada otak bahawa susu tidak cukup.. Dan otak akan memberitahu breast supaya menghasilkan lebih banyak susu..
Sebab itulah, semakin kerap kita menyusukan bayi, penghasilan susu akan semakin banyak.. Itulah namanya supply and demand..

No comments:

Post a Comment