Monday, 28 April 2014

Perkembangan Mikhail @ 7 Months+

Mikhail boleh merangkak dengan lebih laju! Saya tak pasti betul ke merangkak sebab badan dia masih lagi mencecah lantai..tapi dia semakin laju! :)

Semasa 7 bulan sehingga pertengahan 7 bulan, tulang belakang Mikhail semakin kuat. Mikhail dah start lebih selesa duduk daripada baring. Kadang tu dah letak dalam car seat sebelum ni dia asik baring je pastu terus tertido. Sekarang ni, dia lagi suka nak duduk & lebih aktif! :)


Mikhail saaaaangat sangat rapat dengan saya.. dan saaaaaangat manja dengan saya! 

Dulu pun rapat jugak tapi masa tu Mikhail lebih kepada ayahnya. Selama 6 bulan sebelum ni saya banyak ambil hati Mikhail, main2 dengan dia, tukar2 lampin, mandikan dia..bacakan buku untuk dia..selalu peluk Mikhail waktu dia menyusu badan..nyanyi & menari dengan dia.. lama2 jadi rapat sangat :)
Kalau saya tinggalkan dia sekejap dia dah nangis walaupun ayah tengah pegang dia. Nakkk jugak saya..so sweet! Walaupun kdg2 tu saya susah nak buat kerja sbb Mikhail asik nak saya dengan dia..tapi saya tak penah rasa Mikhail menyusahkan.Orang lain yang rasa macam tu sampai suruh saya guna walker! Oh BIG NO NO NO!! Memang kalau sesape bagi hadiah walker pun saya tak akan pakai! Saya lebih selesa Mikhail manja & sangat rapat dengan saya.. :)

Kadang2 sampai ayah dia jeles tau...

Nak kena start BANYAKKAN TOYS UNTUK MIKHAIL. Toy yang lebih advance okeh..sebab Mikhail makin ligat bermain / explore :)

  1. Ajari anak untuk bisa duduk tegak tanpa bersandar.
  2. Ajak anak bermain ci luk ba.. biasanya bayi akan tertawa bila kita ajak bermain cilukba ini.
  3. Ajarkan dia memegang benda kecil dengan menggunakan 2 jari mereka hal ini akan berguna bagi anak untuk memegang makanan seperti biskuit.
  4. Ajari juga cara makan biskuit pada anak, awasi mereka ketika memakan biskuit, terkadang bayi 6 –8 bulan masih suka tersedak karena menelan biskuit yang telalu besar ukurannya. Untuk itu pilihlah biskuit yang mudah larut.
  5. Ajari dia berdiri dengan berpegangan, juga jalan berpegangan (dipapah).
  6. Biasakan mengobrol dengan anak (mengajak mereka berbicara)
  7. Latih mereka mengucapkan kata-kata sederhana seperti mama papa dan lain-lain.
  8. perhatikan mainan yang anda beli untuk bayi umur 6 – 12 bulan, anak pada usia ini suka memukul-mukul mainan mereka jadi belilah mainan yang aman untuk dipukul-pukul.
  9. Mengoyak kertas
  10. Aktiviti ini paling digemari oleh si kecil. Mengoyakkan kertas bagi mereka satu perkara yang sangat menggembirakan. Mendengar bunyi kertas dikoyak dan dironyok sudah cukup membuatkan bayi ketawa. Bagaimanapun pastikan sisa kertas tidak dimasukkan ke dalam mulut si kecil.

Dulu pandai sebut ma ma ma.satu2 ..skrg ni kalau cari mama je..sebut Mama terus.. I'm so proud of you, son :)


Mikhail dah start pandai MEMILIH orang. Dia dah pandai select siapa yang dia nak, siapa yang dia taknak. Sebab tu kadang2 ayah dia marah/frust sbb Mikhail mesti nak saya jugak bila bawak kuar mana2.. sedangkan sebelum ni masa umur dia 0-6months dia nak je semua orang.. Bila start 7 months ni, dia dah start memilih.. Dan dah tentu orang pertama yang dia pilih adalah saya mama dia sendiri..Thank you sebab sayang mama.. Mama pun sayaaaang Mikhail infinity!! Tapi jangan jadi anti-social yer darling sayang..


Mikhail WAJIB start tido 9pm. Sepatutnya lebih awal sebab dia baby, perlu tido yang panjang. Tapi yer la bukan duduk rumah sendiri memang susah nak kontrol sebab ramai yang suka nak main dengan dia.. So I always remind them, OKAY MIKHAIL KENA TIDUR AWAL, ESOK KENA PERGI NURSERY.


Seminggu sebelum Mikhail cukup 8 bulan, Mikhail dah pandai guna Sippy Cup. Tapi kadang2 tu kalau dia dah boring minum, dia akan main2 gak ngan sippy cup tu sambil ketuk2 haha..

2 hari sebelum Mikhail cukup 8 bulan, tulang belakang Mikhail dah kuat..dan tak perlu lagi nak kena support belakang dia.. So Mikhail dah berjaya duduk sendiri sorang2...alhamdulillah.

Sehari sebelum Mikhail cukup 8 bulan pada 13/5/2014 , Mikhail jadi Spiderman! Apa tu? Haaa..Mikhail dia terjun katil la! Sampai benjol kepala ..cepat2 anta ke wad emergency Putra Medical Centre.. alhamdulillah doktor cakap Mikhail takde apa2 cuma benjol sikit je takde muntah takde demam..he's good..Mikhail strong..eishhh fobia aku! Semuanya berlaku dalam masa 3 saat! Benda paling aku jaga ni la yang terjadi pulak..so pasni kena infinity extra careful!!

Bila nak direct feed, sebut SUSU dia dah faham..hehe..


No comments:

Post a Comment