Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:
MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi apa khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*...kadang kala ibu2 rsu bayi akan sembelit..akan tetapi tidak kita ketahui susu ibu itu sempurna..ia akan mencair ketika cuaca pns utk menghilangkan dahaga bayi (akn lebih air dari lemak) dan akan memekat ketika cuaca sejuk utk mengenyangkan bayi (lebih lemak dari air)
PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyaianti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.
**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY?
By Chilla Jamaludin and Nurul Farah Azih in Kump. Ibu2 Menyusukan ·
Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang
sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat
diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium
botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu
“Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata
kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika
bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan
muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila
madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis
toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak
matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah
lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur
untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada
umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan
diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal
symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau
makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36
jam.Jika muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau
doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan
berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot
pernafasan
No comments:
Post a Comment