Sunday, 20 April 2014

Pemakanan Bayi

Bayi sejak lahir hingga 6 bulan
  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama. 
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan. 
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.

Bayi 6 bulan ke atas
  • Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur. 
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya.  
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda. 
  • Perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • Ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.

Bayi 1 tahun ke atas
  • Bayi berusia satu tahun ke atas sebaiknya masih menjadikan susu ibu sebagai pilihan terbaik kepada bayi anda. Bagaimanapun, bayi boleh mula diajar untuk minum fresh milk. Adalah didapati bahawa fresh milk lebih baik untuk diberikan berbanding susu formula kerana tidak melalui proses yang lama dan panjang. Expired date nya juga lebih pendek. Antara susu fresh terbaik adalah susu kambing.
  • Jus buah-buahan juga telah boleh diperkenalkan pada masa ini. Sebaiknya homemade jika beli yang di pasaraya, pastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi bagi bayi.
  • Tambahan perasa sebaiknya dielakkan.

No comments:

Post a Comment