Thursday, 9 April 2015

resepi untuk anak 1 thn ke atas

http://girlish87.blogspot.com/2013/09/homemade-resepi-bayi-1-tahun-dan-ke.html

Makanan Untuk Otak Anak

Akan apply untuk Mikhail sekarang ni :) inshaAllah!!
Credit: http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/makanan-untuk-otak-1.97791

1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.
  

Tuesday, 7 April 2015

Set Cepat Membaca Kaedah Fonetik

Saya target untuk beli set Bacalah Anakku bila Mikhail menghampiri 3tahun.

Satu lagi, tempat belajar anak mcm Smart Reader, Q-dess so far yg ok..memainkan peranan penting untuk perkembangan n pembelajaran anak2. Q-dess ada kat Sg buloh...leh ler...kan..tapi sy kena research byk2..n pilih tempat belajar terbaik utk mikhail..kak jijot kata dia anta anak 2 org kat Q-dess anak dia dua2 masuk kelas pertama kat sekolah..

Bila anak dah besar sikit..hanta kat Hira'...international islamic school. situ ramai budak dapat straight A's! tapi mahal tapi berbaloi kan. CIC nad ckp okay..kena check...semua school2 international camni ada interview utk anak dan juga mak bapak..so mak bapak pun kena prepare yer!!

So far.. target beli buku set Bacalah Anakku..

http://iheartislamstore.com/index.php?main_page=page_6

Monday, 23 February 2015

basikal mikhail..

Piano Keyboard Lah Pulak!


Nak yang terbaik untuk anak, haruslah ku korbankan duit sikit ya haha..sanggup! sanggup! janji anak saya pandai melebihi budak2 sebaya dia...aminn...

Husband pun asik dok bising katanya saya bazirkan duit beli toys..orang laki mmg tak paham kot..takper la yang oi..anggap je mcm investment utk anak :P

Terbaru, ayah saya sarankan saya belikan piano utk mikhail...

Studies show that children who learn how to play music or who have an appreciation for music have higher scores on standardized tests and have a higher IQ-

Teringat la zaman kanak2 dulu kami adik beradik semua suka main benda alah kecik ni... satu piano keyboard ni share2 4 beradik.. patutla kami adik bradik bijak2 ja hahaha okay perasan.. =_=

Lazada la banyak jual discount2 punya..tomorrow saya nak beli..later2 mikhail dah guna saya letak la review k! ...calooo





Tuesday, 13 January 2015

SUSU KAMBING!


Susu yang paling TERBAIK adalah susu ibu. Tu semua orang sure tahu kan.. Dan susu terbaik selepas susu ibu adalah SUSU KAMBING. Sebab itulah saya bagi Mikhail minum susu kambing... :)

Bukan lah saya banned terus susu lembu. Sebab saya sendiri pun pernah jugak try susu lembu brand S26 & Dugro masa mula2 start campur susu fm tu.. tapi saya notice, minum je susu lembu Mikhail sama ada akan muntah @ demam @ cirit birit @sembelit. Kat pasaran pun banyak sangat brand2 susu lembu yang saya terpk jugak nak bg Mikhail try tapi alih2 kalau dah muntah segala bagai tu kesian pulak kat anak aku kan.. Lepas puas Google tu tukar ke susu kambing Suffy Goat pulak.. ni parents kat nursery yang rekemen..




Gini rupenye Suffy Goat.. dah 3 kotak bantai..baru perasan takde DHA! ahahah..but actually susu ni still bagus sbb mengandungi Madu, Delima, Kurma, Rumpai Laut..blabla.. Mikhail pun serasi ngan susu ni .. 

CUMA..naluri seorang ibu mestila nak beri yang paling terbaik untuk anak..jadi akhirnye saya terjumpe jugak susu kambing yang boleh dikatakan susu fm yang paling terbaik setakat yang saya penah jumpe...KARI HOME!


Mengandungi DHA, EPA, AA which is bagus untuk perkembangan otak baby..boleh google sendiri.

Harga 900g satu tin = RM100.20 di Jaya Grocer, Intermark.

Saya beli kat situ je..senang la dekat ngan ofis. Tak dinafikan la harga susu kambing KARI HOME ni mahal yg amat kalau nak dibandingkan dengan susu lembu =_= Tapi why not kita spend duit lebih sikit untuk beri yang terbaik untuk anak..anggapla sebagai investment untuk masa depan anak. tak gituw?

Mikhail dah 1 tahun 4 bulan. Masih lagi breastfeed tapi time bila dia dok ngan saya je lah maklumler production dah berkurangan sebab dia sempat fully breastfeed until 1 year,but syukur tak semua orang diberi kesempatan merasa semua ni..Now kat nursery je dia minum susu fm...balik umah takdenye Mikhail nak pandang susu lain. Dia tau mak dia ada..ehe!


REVIEW KARI HOME

Sejak minum susu kambing KARI HOME ni, Mikhail TAK PERNAH SEMBELIT! Alhamdulillah legaaaaa...

Makin bijak..makin aktif..semuanya yang positif lah..

Dulu sampai umur 1 tahun dia minum 8oz-10oz je sikit kannnn padahal baby lain jauh lagi banyak.. so bila minum susu Kari Home ni sehari dia telan sehingga 17oz..banyak beza tu kan..mungkin dia suka sangat kot rase susu ni..

Takde dah muntah2.. dulu masa minum susu lembu..lepas makan lunch je dia terus muntahkan balik semua makanan yg dia makan tu.. sedihhhhhhhhh...dulu la dulu...sekarang dah tukar KARI HOME takde gitu dah..

Saya percaya tak semua baby yang boleh terima susu kambing. Masa saya nak beli tu pun macam2 doa yang saya baca.. Doa minta Allah lembutkan hati Mikhail supaya Mikhail suka sangat dengan susu kambing.. alhamdulillah memang takde masalah panas ke apa ke..suke je dia minum.. Mikhail ni bukan peminat susu lembu agaknya.. Susu yang dia boleh terima dan suka cuma dua je 

1. Susu ibu - of course
2. Susu kambing

Susu lembu tak serasi ngan body dia... Kengkawan boleh google sendiri ye pasal kebaikan susu kambing ni..! Jom sama2 ikut sunnah Nabi! Bagi anak minum susu kambing lagi bagus yer..~