Friday, 7 February 2014

Susu Ibu merudum? Production drop? - Part I

Susu merudum merupakan kerisauan ibu-ibu yang fully breastfeed. Tapi susu merudum bukan lah sebab tiba-tiba drop. Ia disebabkan beberapa punca. Kita kenali punca yang biasa, lepas tu boleh take action 

1. Pam yang tidak kerap

Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 atau 3 jam sekali. Bukan 4 jam sekali ya. Masa dalammpantang dulu, untuk kasi susu keluar, saya stimulate setiap 1 Jam. Jangan bosan dan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.

2. Period

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 91% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum.

TIPS: Banyakkan makanan bersumber kalsium dan tambahkan kekerapan pam sewaktu period untuk atasi masalah ini

3. Kurang makan dan minum

Bila ibu skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan?

TIPS: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapatkan Energizing Soy Protein (ESP)

4. Anak dah mula ‘solid’

Bila anak dah mula ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu.

TIPS: Ibu perlu tambah kekerapan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus

5. Ibu Stress

Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

Jadi ibu-ibu, bila susu mula drop, kenali puncanya. Kemudian boleh amalkan tips yang saya kongsikan 


Petikan dari sini.


Happy Breastfeeding! 


Ice Brick Dah Sampai! Yeayyy ^_^

Bukan main excited sangat dapat ice brick ni. Mana tak nya..merata cari tak jumpa2.. end up cari online je la senang.

Parcel baru sampai.. and baru bukak..yeeepeee..

Beginilah ghupenye..

Boleh muat 6 bottle storage! Puas hati.. Selama ni pakai cooler bag yang boleh muat 4 bottle aje.. Susah juga sbb tak boleh letak banyak botol. 

Sebab selalunya saya kena bekalkan 5 botol EBM ke nursery.
4 botol letak dalam cooler bag yang lagi satu tu.. 1 botol lagi simpan kat luar. Dah sampai nursery terus ambil ke lima-lima botol tu transfer ke dalam fridge nursery pulak.

Bila fikir nye fikir, saya memang patut ada ice brick yang boleh muat 6 botol macam dalam gambar nih.. In case kalau saya pakai double pumping kan..let say sekali pam pakai 2 botol, terus simpan je senang.. takyah nak transfer2 kumpul dalam 1 botol..

Ha, ada paham ke x ni... kalau tak paham sila baca dan pahamkan sekali lagi..hahah..

Dah ada ice brick ni memang senang kerja.. jimat space. Sebab bila saya pakai ice pack, menggelembung jadinya cooler bag saya yang lagi satu tu sampai terkoyak.. 
cooler bag (dalam gambar) ni saya beli yang baru di FabulousMom, TTDI.

Pandangan dari atas.. Saje je test letak bottle2 ni...

Ice brick, saya beli di sini:

https://www.facebook.com/PumpOnTheGo

So, kalau berminat, sila PM diorang laju2 yer sebelum stok habis.. saya beli dengan harga RM19. Kalau termasuk postage tambahla RM6. So total RM25..

Murah je kan.. :)

Semuanya terpulang pada keselesaan masing2...




Sabun Susu Ibu :)

http://www.sarakids.com/blog/?p=6437

Buku Penyusuan

http://kimsusuibu.blogspot.com/search/label/Buku%20Penyusuan

Thursday, 6 February 2014

Kalau Terlepas Waktu Pam?

Katakan hari ni saya sibuk banyak kerja dan terlepas waktu pam..dan katakan 1 hari biasanya saya pam 3x di ofis..

Tapi tak sempat nak pam kali ke 3 jadi saya buat macam ni..

Saya pam pukul 4 petang..sesi ke 2..pam selama 30minit ...lepas tu stop dlm setengah jam, saya simpan breastpump dalam cooler bag..

pukul 5 petang saya sambung balik pam 30 minit untuk sesi ke 3.. jadi kat sini saya ganti balik masa yang terlepas untuk sesi ke 3 tu.. mudah kan? :)

Wednesday, 5 February 2014

Apa Patut Buat Bila Tertinggal Ice Pack/ Ice Brick?

Ice Pack/Ice Brick Tertinggal?

Saya pernah mengalami situasi macam ni. Sampai je ofis selalunya saya akan terus transfer 3 ketul ice packs ke bahagian freezer ofis. Pernah satu hari tu terlupa nak bawa ke ofis. Memang gelabah habisla..


Caranya?


Macam biasa, lepas pam make sure simpan semua EBM di bahagian chiller (bahagian fridge bawah). Sebelum balik ke rumah saya akan keluarkan semua EBM yang dah sejuk tu masuk ke dalam beg/cooler bag. Ketahanan susu tu adalah sehingga 4 jam je (ketahanan susu yang telah dikeluarkan dari chiller). So, cepat2 la bawa balik rumah! hahaha..tu je caranye.. :)



Happy Breastfeeding! ^_^

Tuesday, 4 February 2014

Rahsia Saya Banyak Susu

Petikan dari sini. (Saya ubah sedikit)


Meh saya nak kongsi dengan anda semua...

Semasa mengandung...

  • Niat ' Saya nak fully breastfeed ' anak ni..
  • Baca surah Al Hujraat selalu..
  • Doa berpanjangan hingga sekarang
  • Sembahyang Hajat.
  • cuci nipple hari2
  • buat persediaan awal-google psl bf
  • dekat2 nak bersalin - urut untuk pelancaran susu badan
Sejurus selepas bersalin..
  • Minta nurse bagi anak secepat mungkin utk bf (Breastfeed)
  • Dalam wad susukan sejam sekali
Berpantang
  • Minum air at least 3 liter atau lebih
  • Minum susu Anmum Lacta
  • Ambil vitamin Shaklee semasa berpantang (Set Berpantang Shaklee)
  • Tuam breast untuk pelancaran susu badan.
  • Mula mengepam 2 minggu dalam pantang..(WAJIB!)
    P/s: Hari ke 7 dalam pantang pun lagi bagus, utk buat stok banyak2. Selagi kolostrum ada bagi je direct kat baby. M
    ake sure susu matang keluar dulu. Bila susu matang keluar baru start buat stok banyak2.
  • Pesanan: Cuba target sebelum masuk kerja, berapa oz kita nak buat simpanan stok EBM? Contohnya: Kita target sebulan mesti wajib dapat kumpul sekurang-kurangnya 200oz.
  • Jadual pam yang konsisten (jika tak dapat pam saya akan bagi baby df)
  • rehat secukupnya-walaupun memang tak cukup sebenarnya..
  • susukan anak sekerap mungkin
  • Train anak guna botol umur 1 bulan (nak masuk kerja kan..)
Sekarang
  • Pam 3 kali di tempat kerja
  • Power Pumping bila terjadinya susu merudum (selalunya time period)
  • Balik pam sebelum tido
  • df anak bila balik kerja (df=Direct Feeding)
  • kat rumah df je tak bagi botol.. 
  • P/s: ibu kalau boleh elak bg nyusu guna botol, nanti baby jadi nipple confuse.
  • suruh anak doa susu kita banyak..
  • sokongan suami n keluarga..juga pengasuh..
  • kongsi pengalaman dengan ibu2 menyusu yg lain (InsyaAllah rezeki anak akan bertambah)
  • minum air at least 3 liter atau lebih..(ni air suam je tau..air manis tak kira ye)
  • jaga makan
  • Ambil vitamin shaklee jugak..
  • JANGAN minum kafein. Kafein boleh mengurangkan susu badan.
  • minum milo, soya, esp, pd, mealshakes..saya tak minum ais.. air sejuk boleh lagi tapi seeloknya dielakkan.
  • sentiasa positif n tenang walaupun banyak keje...huhu...
  • senyum..sambil pam baca doa ibu menyusu n selawat banyak2...

Pegang konsep SUPPLY vs DEMAND...susu kalau di keluarkan makin banyak dihasilkan..pokok pangkalnya kita ibu2 ni kena rajin..kena korban masa n tenaga sikit le..penat memang lah kalau ikutkan..tapi kita akan rasa puas hati bila tgk anak membesar dgn susu kita sendiri..

Suplemen yang terbaik buat ibu2 yang BF kerana ia memberi manfaat secara menyeluruh. Gabungan Ostematrix dan ESP lebih cepat memberikan kesan dalam peningkatan susu ibu (dengan syarat patuhi 3 perkara asas penyusuan). Bagi ibu2 yg bekerja pengambilan ESP merupakan satu energy booster. Meningkatkan sexuality performance juga :)