Tuesday, 21 January 2014

Sacred Nursing Tea for Nursing Mothers

Sacred Nursing Tea for Nursing Mothers

Hari ni 22/1/2014 baru hari pertama nak start try milk booster ni. Actually tak tahu pun kewujudan tea ni sampai la masa tu saya gi kat faveret baby shop saya, FabulousMom, TTDI. Tiba2 terjumpa Sacred Nursing Tea ni. Saya sebenarnya tak berani nak try benda pelik2 tapi yang ni macam menarik pulak. So, saya ambil trial set dulu lah, harga RM18. Kalau satu paket macam gambar kat atas ni harga dia RM99. MAHAL WOOO!! Hahah..

Takper, belum cuba belum tau.. Saya memang tamak nak men-try macam2 jenis milk booster.. semangat nak buat stok gitew.. eheheheh..


So, here's the results!
Day 1 (22/1/2014) Total 15oz
Day 2 (23/1/2014) Total 14.5oz (kurang 0.5oz sebab stop awal, tak tahan nak gi toilet :P)
Day 3 (24/1/2014) Total 8oz (berkurangan sebab direct feed Mikhail waktu lunch kot)



Psss: Will update the review from time to time ya.. :)

Friday, 17 January 2014

Pengurusan EBM Di Office


Biasanya saya simpan EBM dalam fridge office. Letak bottle storage berisi ebm semua dalam bekas ni.. Ukur dulu sebelum beli bekas yang sesuai. Kenapa perlu bekas? Sebab saya taknak nanti bau2 dari makanan lain meresap masuk ke dlm susu..eceh.. ye la buatnye ada staff yang tinggalkan durian ke petai ke dalam fridge ni tak pasal2 Mikhail telan susu ibu perisa petai campur durian hahah..sian dia.. Bekas yang saya beli ni memang sangat best & kedap udara. Beli kat The Store, Sg Buloh harga tak ingat..dalam RM20++ la.. Senang ada bekas, takde la jadi kes bottle storage terbalik ke apa kan..bila berlaga ngan barang2 staff yang lain..



Ice pack bawa 3 ketul.. pagi2 sampai je ofis terus simpan kat bahagian freezer atas..kasi beku.. Kenapa perlu beku? Sebab kita nak jangka hayat susu masa bawak balik ke umah nanti tahan lebih lama..

Bila ice pack beku sepenuhnya dan sumbat ke dalam cooler bag, bole la tahan dalam 8-12jam susu2 tu.. Tapi selalunya ambil maximum 6jam je la.. Sebab nak rasa selamat..eheh..
Kalau lupa bawak ice pack? Tahan 4 jam je la kat luar.. so bergerak pantas la masa bawak balik umah tu ye..


Pada umur Mikhail 4 bulan sekarang ni, normally kat office dapat total 15oz-18oz..Mikhail minum tak banyak.. 2oz je per feeding.. Takperlah janji anak mama sihat walafiat..

Dah habis pam & susu dah sejuk..(Make sure susu sejuk dulu kalau nak campur dengan botol2 yang lain supaya suhu tak terkejut ye) sebelum balik saya keluarkan dari peti ais.. tengok tu.. ada lapisan lemak terpisah gitu.. selalunya saya goyang2 manja dulu bagi sebati pastu masukkan dalam cooler bag bersama ice pack macam kat bawah ni...


Barang2 ni semua beli kat FabulousMom, TTDI.. asik suke gi beli situ je kan? FabulousMom ni tempat faveret baby shop saya hehe..

Cara penyimpanan seperti ini buat cooler bag sedikit kembung sebabkan sumbat 3 ice packs..sbb beg pun kurus je pastu sumbat masuk beg breastpump hhahah.. Baru je beli beg baru, tapi kena cari ice brick baru sesuai dgn bag tu.. Ala.. janji yakin n susu selamat dalam beg kurus ni..suka beg ni sebab senang nak bawak gi mana2..


Biasanya dah sampai umah terus saya transfer ebm2 ni dalam fridge kat umah, tunggu semua sama sejuk baru transfer susu2 tu dalam Breastmilk Storage Bag & sort kemas2 dalam deep freezer..

Semuanya terpulang pada kerajinan, creativity & ongkos masing2.. :)

Nursing Cover


Autumnz Nursing Poncho - Chic Khaki

Boleh dapatkan nursing cover seperti di atas di sini.

Ini jenis nursing poncho yang saya gunakan untuk pam kat ofis, dalam kereta atau di mana2 saje. Beli online. Untuk breastfeed saya rasa Mikhail macam rimas sikitla, so sekarang ni tengah planning tu have nursing cover jenis apron tu..Kalau rimas jugak, jawabnya mama kenala cari nursing room tiap kali nak susukan Mikhail di luar.. Takper, anything for you darling..

Kadang2 cowboy je, saya pakai shawl biasa lepas tu buat macam nursing cover.. abis cerita dan save bajet ku eheheh... Lagipun ada je jenis nursing cover yang pakai shawl tu, setakat jahit kat tepi tu semua orang pun boleh buat.

Saya ni jenis main belasah je pam di meja ofis. Meja saya duduk port paling hujung sekali..Itu pun ada yang kata kita ni tak senonoh. Tak senonoh ke even kita dah pakai nursing cover? Ada saya kesah?? Hua hua hua.. (Sila open minded sikit) - Tetibe je.. :P

Actually saya pam di meja ofis sebab nak jimat masa. Kadang tu ambil masa nak kena usung segala barang2 pam nih.. Keduanya, senang kalau bos nak panggil saya. Takde la nanti tiba2 cari saya tengok2 menghilang pulak..


Haa.. Nursing cover macam ni la saya tengah cari.. Macam omputeh ni pakai.. So bila pakai jenis macam ni takyah susah2 nak selak kain tengok muka baby dah latch betul ke tidak.. Bila guna jenis apron ni dia dah siap sedia ruang kat atas senang kita nak jenguk tengok keadaan baby kita.. tak perlu selak2 lagi.. kalau terselak2 kang tersembul tak pasal2 free show kang susah.. eheheheh

Ada jumpa jenis macam apron ni kat kedai2 baby di The Curve.. tunggu masa nak gi beli je.. Ok sabar2.. nanti dah beli saya bagi review pulak. Tengok selesa ke tidak memakainye..

:)

Thursday, 16 January 2014

15th January.. Yeay! Mikhail masuk nursery! ^__^

Sepatutnya masuk nursery 8th January tapi terpaksa postpone sbbkan saya accident..abis keta remuk.. Tu yang postpone ke 15th January...

Mikhail feeling2 pelik masuk nursery. First time dia nampak ada baby2 lain. Agaknya selama ni dia ingat dia sorang je baby kot hehehe.. Hari pertama lagi dah ngorat baby girl kat situ name Arissa.. Tepuk dahi suploh kali la mama camni..

Cak! Ha... hari ni Mikhail behave ya.. hari ni Mikhail masuk nursery a.k.a sekolah untuk budak tecik eheehehe..

Mikhail with Ayah <3 Muka pelik.. Kat mane ni ayah?

Ayahhh cepat la bagitau Mikhail..kita kat mana ni??

Ni la first time Mikhail dok dalam baby cot. Serious tak tipu!
Sebab selama ni kan Mikhail tido bawah ketiak mama & ayah je.. So sekali lagi muka Mikhail feeling2 pelik gitew..


Tengok lampu warna warni kat atas tu.. feeling2 clubbing okeh!


1 teacher jaga 3 orang baby.. not bad la kan..
Nursery ni tempat dia sangat bersih, manager dia pun garang n strict kira bagusla gitu kan, siap ada registered nurse yang supervise teacher2 lain.. Barang2 baby memang diorang tak campur dengan baby2 lain.. and nursery ni memang menyokong penggunaan susu ibu (EBM)..I Like!


Yah! Yah! Yah! Mikhail kuat..yeah~ Love you sayang mama :)

Botol Storage Yang Sesuai Dengan Medela Harmony

Medela Harmony (Manual Breastpump)
Image from Google

Untuk Medela Breastpump ni boleh bagi 4.5/5 star :) Kalau nak 5/5 tu Medela Freestyle la..hehe..idaman tu.. Insha Allah ada rezeki nanti nak yang tu pulak!

Sangat2 selesa pakai breastpump jenis Medela Harmony ni sebab senang untuk travel. Tak payah susah2 nak angkut body, nak cari plug bagai..semua tu tak payah. Cuma pakai nursing poncho or shawl (lihat sini) sebagai cover sambil selamba pam kat tempat meja kerja je, setel. 

Breastpump ni tak banyak makan space bila simpan dalam beg & selesa sebab corong pump tu betul2 melekat kat breast so tak mudah tercicir ye susu kiter.. pernah guna brand Rumble Tuff, sejenis electric/batery/manual breastpump..corong pam dia kena tekan betul2 kat breast, kalau tak habis cicir "emas" kita tu..bukan tu je, belum sampai sebulan pakai ade je part dia yang rosak..agak frust la pakai Rumble Tuff, tu yang tukar kepada Medela Harmony. So far, puas hatila pakai Medela Harmony ni.. :)

Tapi satu je kelemahan Medela Harmony, bila kita pam susu dah penuh.. and bila kita terbalikkan botol, konfem susu menceceh2 menitik keluar dari botol tu ye. Aduhh sayangnye..susu ni ibarat emas.. Sayang kalau biar membazir cicir camtu je..
Tapi pada saya yang tu bukan masalah besar sbb yang penting kena cermat semasa pam tu.. make sure kita pam straight, takde senget2 kan breastpump tu ya.. I LOVE MEDELA HARMONY! :)

FYI, bukan bottle storage Medela je yang boleh ngam dengan breastpump Medela Harmony ni..

Medela Harmony Bottle Storage
Image from Google

Malah, bottle storage brand lain pun ada sesetengahnya yang boleh kita guna bila pump pakai breastpump ni. Tapi yang paling saya suka guna, brand Jingle Jungle. Terus pakai botol jenis ni semasa pam sebab senang, dah siap pam, tutup cover kat atas then terus simpan. Tak payah susah2 nak transfer susu tu dari botol Medela ke botol Jingle Jungle atau lain2 botol. Jimatlah masa kita kat situ kan.. :)

Jingle Jungle Bottle Storage
Image from Google
Beli kat kedai Fabulous Mom, TTDI. Harga memang murah RM36++ dah tu ada 12 botol! BPA Free... Sep bajet..hehe. Actually dia ada beberapa design yang lain, tapi suke design yang ni and dalam deep freezer saya sume design jenis yang ni  je hahah..

Antara design Jingle Jungle Bottle Storage:

 Image from Google

Pssss: Suka tengok bottle storage brand Autumnz sbb design dia lawa.. Tapi sayangnye tak ngam ngan Medela Harmony nih... sob3..


Monday, 13 January 2014

Stok EBM Selepas Habis Berpantang

Stok EBM sepanjang berpantang..sebelum masuk kerja, September-Oktober 2013
Psss: Paper bag tu untuk saya sort ikut tarikh (belajar dari sini)

Percaya tak ni je stok EBM saya masa dah dekat nak masuk kerja?
Time ni memang cetek ilmu tak tahu langsung tentang penyimpanan stok ebm. Menyesal tak sudah sebab tak research awal2 ilmu tentang ebm ni sebelum bersalin lagi, seeloknya research la masa mengandung. Sebab sebulan lepas bersalin kita penat sangat, tak larat sampai tak sempat nak research apa2 kat internet sbb focus pada baby.. Sibuk survey deep freezer la.. ulang alik masuk keluar klinikla... ha tu yg selamba je pakai stok susu sebab tinggalkan kejap Mikhail kat umah.. Sebenarnya sebelum mengandung lagi saya dah pasang niat nak fully bf anak selama 2 tahun. Tapi persediaan takde. Masa tu malas namanya hahaha.. So next time kita start buat stok starting hari ke 7 berpantang!! Ada orang kata 2 minggu berpantang dah boleh start buat stok.. Tak boleh nak pam awal sangat takut over supply katanya.. nanti breast tersumbat! Saya pernah mengalaminya..memang nangeeesssss huhuhu.. Lepas tu tuam breast ngan air suam panas baru la susu berjalan lancar.. Jadi eloklah tunggu susu matang keluar dulu baru buat stok.. sebab seminggu tu susu kolostrum kan..sementara susu kolostrum keluar kena la bagi direct pada baby..

Ciput je kan stok saya selepas berpantang.. (dalam gambar di atas). Rasanya tak sampai 100oz. Sikit sangat. Mula la risau bila dekat2 dah nak masuk kerja tapi stok ciput. Akhirnya bila dah start keja saya dah letak target, AT LEAST mesti ada WAJIB 200oz sebulan. Dapat lebih lagi bagus.

Tengok cara saya simpan EBM dalam plastic bag storage tu pun nampak sangat jahil lagi xde ilmu time tu..besar2 gedabak je hahah.. Last2 cousinku yang ajar camne nak jimat ruang dalam deep freezer tu.. buat leper2 n simpan kemas2..and banyak lagi la tunjuk ajar dia.. Time kasih bebanyak yer Echa..

Start dari situ boleh dikatakan tiap2 hari saya research pasal stok EBM. Gali ilmu sebanyak mungkin. Banyak bukak blog2, FB, baca buku & collect info.. rasa enjoy!

Ref page: susuibu.com, Kump. Ibu Menyusukan (FB)





Stok EBM, 27 Oktober 2013 sehingga 21 January 2014
(Sila klik untuk lihat cara penyimpanan stok EBM - ni cara saya ye, terpulang pada masing2 nak susun macam mana supaya sendiri senang nak faham..yg ni susun ikut FIFO rule)

Masa ni dah insaf hahahah..
Alhamdulillah total setakat ini 622oz :)
Target by February hopefully dapat mencecah sehingga 1000oz, inshaAllah.. Doakan sesama ye!

Walaupun ambik masa sikit nak penuhkan deep freezer ni, tapi seriously saya rasa enjoy buat semua ni. Saya rasa bersemangat nak buat stok selagi belum penuh!
So far, Mikhail dah menganjak usia ke 4 bulan and fully breastfeed alhamdulillah syukur Ya Allah.. :)

I LOVE BREASTFEEDING! <3

Sunday, 12 January 2014

Cara Saya Memperbanyakkan & Memekatkan Susu Badan

Kawan2 tanya, saya makan apa susu jadi pekat? Disebabkan saya nak kena explain panjang lebar, jadi saya bukak entry ni..

Saya sebenarnya masih lagi berusaha nak pekatkan lagi susu. Kenapa kita perlu dapatkan susu pekat? Sebab bila susu pekat barula anak kita kenyang lebih lama. Ibarat kita buat air Milo. Perbezaan bila kita buat Milo cair & Milo pekat. Dah tentu lah yang pekat buat kita tahan kenyang lebih lama. Begitu juga dengan baby. Bila dapat minum susu yang pekat,dia akan kenyang lebih lama dan tidur lebih lama dan tenang.. Hati ibu pun senang..Tak gitu?

Di sini, saya terangkan cara pemakanan saya bagi memekatkan susu, sekaligus amalan untuk memperbanyakkan susu sepanjang penyusuan :)


Shaklee Set 3M + Add on Omega Guard
Saya amalkan set ni semasa berpantang. Ini yang paling berkesan --> Alfalfa + ESP paling penting. Saya notice, bila consume 2 supplement ni susu memang betul2 pekat & sedikit kekuningan. Pernah terbaca siapa yang consume ESP kena minum banyak air.

"Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar." , Petikan dari entry ini.

Actually saya makan Omega Guard lebih kepada untuk mendapatkan DHA supaya dapat disalurkan melalui susu badan kepada Mikhail. Bukan fokus pada pembakaran lemak semata-mata (Ceh! bajet dah kurus hehe).. Sebotol setengah makan Omega Guard, berat dah kembali ke berat asal dan happy tengok perkembangan minda anak sendiri.. alhamdulillah..


Susu Anmum Lacta
Ayah yang ajar suruh minum susu ni sebab tengok mamaku yang telah berjaya menyusukan adik bongsu sehingga 3 tahun! Haaa..otai tak otai? Tu masa 5 tahun lepas. Dah la masa tu mamaku memang exclusively breastfeeding mom.. housewife lagi tu..mamaku amalkan susu ni je & banyakkan minum air untuk memperbanyakkan susu badan. Masa tu belum famous lagi kot pasal stok2 simpanan susu dalam deep freezer ni sebab, takde pula mamaku buat stok susu bagai. Dia bagi direct je.. bila minum susu ni..susu nampak pekat jugalah.. & of coz susu jadi increase!!



Kerapkan Pam
YES! Susu aku pekat sebab aku kerap pam. Kalau orang lain kat office pam 3x. Aku pula pam 4x. Tapi bila kerja banyak n busy..aku pun pam 3x je hahah.. Tapi harus diingatkan, tolong jangan miss pam ye masa office hour. Makan la supplement apa pun, kalau malas pam tak gune gak.. Lagi malas pam, tengokla cair susu ko nanti. Lepas tu dok bising tanya kat aku nape susu cair...nape susu cair.. Orang dah cakap kerapkan pam, dia jawab malasla nak pam. Yang tu tak dapek la nak tolong ye.

Cara Mengepam Yang Betul

Untuk single pump: Pam sebelah kanan 15 minit, sebelah kiri 15 minit.
Untuk double pump: Pam kedua2 belah breast 15minit.

Note: Actually kalau dapat buat 20 minit each pumping lagi bagus. And mesti lah consistent timing setiap kali pam.

Pesanan: Pastikan buat jadual pam supaya dapat mendisiplinkan diri untuk aktiviti mengepam.



Minum banyak air

Kawan aku, Didie pesan sepanjang 2 tahun lebih dia berjaya nyusukan anak, dia cuma minum air kosong je untuk memperbanyakkan susu badan. Dia pesan, lepas buang air kecil, mesti minum. Sebelum pam, minum. Semasa pam, minum & selepas pam pun minum. Total at least 3 Liter sehari WAJIB. Oh yes! Wajib minum air. Sebab, mana datang susu badan kalau bukan dari cecair yang kita minum tu.

VSoy Multi-Grain + Roti Gardenia WholeGrain
Makan dua2 ni konfem susu bertambah2. Biasanya aku beli kotak2 kecil Vsoy tu. Sambil minum vsoy sambil makan roti wholegrain ni. Konfem susu memang bertambah, insyaAllah :) Cuma satu je la.. kena rajin pi beli la..eheheh..

Halba
Halba ni aku dapat petua dari Indian girl, Sarojini. Untuk memperbanyakkan susu badan.
Caranya: Halba tu basuh dulu, keringkan. Lepas tu blend sampai hancur. Ambil sesudu kecil halba rendam dalam air panas. Tunggu 15minit lepas tu baru minum.


Red Dates with Longan *brand In-Comix

Recommended by Echa, cousin. Campuran air kurma & longan. Bagus untuk memperbanyakkan susu badan. Beli kat The Store, bahagian paket2 coffee & tea. Harga RM7.58. Murah je kan, lepas tu sedap pulak tu. Aku minum 2 sachet sehari (pagi & petang). Kadang2 minum lebih dari 2 sachet sebab memang seeedappppp..







Barli
Minum kadang2 itu pun beli je bila minum kat kedai mamak. Barli paling berkesan untuk aku memperbanyakkan susu badan. Lepas minum je, sekejap je breast aku dah penuh kadang tu sampai bengkak. Suke suke suke.. :)


Banyak Makan Nasi bersama Sayur
Petua dari Shaza, so far dia dah setahun lebih still lagi bf anak. Dia pesan setiap kali makan nasi dia akan make sure mesti ada sayur. Sayur tu WAJIB katanya...gitew...So aku follow je lah cara dia..ehehe..


Susu Kambing Hi Goat
Recommended by Kak Ct, cousin. Dia memang otai dari anak pertama memang fully breastfeed..dia amalkan Hi Goat. Actually susu kambing ni lebih bagus berbanding susu2 yang lain. Selain daripada ikut sunnah nabi, susu kambing juga bagus untuk memperbanyakkan susu badan. Mula2 lepas bersalin memang aku amalkan juga minum ni setiap pagi sebab tu kot agaknya Mikhail kena kuning setengah hari je, tapi perasan kat kotak dia ada tulis TIDAK SESUAI BAGI BAYI BERUMUR BAWAH ENAM BULAN, terus aku stop sekejap. Memang takde beri kesan buruk pada Mikhail, tapi tak berani la hehe.. Tu yang tukar minum Anmum Lacta pulak. Insha Allah bila Mikhail cukup 6 bulan baru aku tukar ke Hi Goat semula atau pun susu kambing yang segar pun bagus juge..


Elakkan!!

1. Minuman berais/sejuk dipercayai boleh mengeringkan susu badan.


2. Ubat-ubatan tak semua ibu menyusu boleh makan sebab ada sesetengah ubat yang boleh mengurangkan susu badan.


3. Jamu - Aku pernah seharian minum Akar Herbanika dari Nona Roguy, waktu berpantang. Esoknya pam tak sampai 1oz! Lepas tu tobat tak minum jamu lagi dah.. Lepas seminggu buat double pumping..Alhamdulillah susu dah back to normal.


4. Oregano, parsley.. - Yang ni aku tak pasti betul ke ianya boleh mengurangkan susu badan.



Boleh try mana2 di atas. Tapi perlu diingatkan setiap orang penerimaan body nye berbeza.. Mungkin pada badan aku, sesuai dengan air barli tapi tak sesuai dengan orang lain. Ha, time tu kena la rajin usaha cari makanan/minuman apa yang paling sesuai dengan body u oulss untuk memperbanyakkan susu badan. And satu lagi kena ingat, kalau telan macam2 bagai nak gila tapi malas nak pam pun tak gune gak.


Jom sama2 kita RAJIN BERUSAHA + JANGAN LEKA + BERDOA KEPADA ALLAH SWT semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan kita sehingga 2 tahun Insha Allah..

Happy Breastfeeding! :)