Sunday 30 March 2014

Susu Badan Semakin/Sangat Berkurangan!

Memang tak dinafikan sejak umur Mikhail cukup 6 bulan, saya sudah mula sombong dengan diri sendiri. Teruk betul perasaan ni.. Maksud sombong, ialah dah start rasa malas nak mengepam..dah start terfikir 
"Takperlah anak dah 6 bulan dah pun cukup la tu breastfeed sampai 6 bulan je"

Period juga boleh buatkan semangat down sebab bila period je susu merudum teruk..! Bila nak up kan balik production tu memang lah payah... Lama kelamaan tu yang jadi malas.

Disebabkan letak mindset mcm ni lah saya sudah mula malas mengepam..cuma mengepam 3x kat ofis je.. Kat rumah haram takder haha.. Alasan? Penat travel jauh hari2.. Adoi.. Teruknya rasa diri ini...

Sekarang production sangat berkurangan. Dahulunya sehari dapat bawak balik 15oz-18oz dari ofis. Sekarang ni 12oz ke 13oz aje..Ya Allah.. Lemahnya semangat kuuu! Padan muka! Sapa suruh malas mengepam?





Mikhail sesudah masuk 6 bulan..
muka masyem sbb waktu ni dia tengah demam + selesema akibat jerebu..
Now alhamdulillah dah sihat lepas mama amik cuti seminggu untuk jaga anak mama ni :)


Sekarang ni rasa menyesal sangat2 sebab MALAS dah melanda diri ini..huhuh.. tak sangka betapa cepat sekali mengalah..sedangkan sebelum ini sangat bersemangat!

Sekarang pun dah malas nak kumpul STOK..

OH TIDAKKKKKKKK!!!!

No no no.. saya mesti bersemangat kembali..

So start from today mesti buat Power Pumping setiap pagi, setiap hari.. WAJIB.

Kena kerapkan mengepam balik..sehari 6 kali.. (3x di ofis, 3x di rumah)


Kalau dapat breastfeed 1 tahun aje pun jadilah... Janji dah lepas 1 tahun umur Mikhail dah lega... But hopefully saya belum mengalah sehinggalah umur Mikhail 2 tahun!

Permudahkanlah urusan ku Ya Allah......kuatkan lah semangat hambaMu yang lemah ini..hhuhu...



Wednesday 19 March 2014

Kurus Selepas Bersalin

Saya rasa dah menjadi kebiasaan kot bila kita dengar ada yang berjaya kembalikan berat asal selepas bersalin. Ini kerana saya sendiri melaluinya! Ngeheheheheh..

Memang semasa mengandung, badan saya kembang semangkuk! Tak tipu! Berat asal 53kg.. Berat ketika mengandung naik sehingga ke 68kg! Naik 15kg! Dasyat tak.. Berat saya naik mendadak masuk bulan ke 6 mengandung..

Selera makan memang sangat tinggi sampai kawan2 ofis takut tengok cara saya makan. Katakan pada pagi hari saya akan makan nasi. Tengahari makan nasi, petang pun cari nasik jugak. Tak cukup dengan itu, saya beli pulak keropok lekor 30 batang makan sorang2! Huiyo! hahahaha..


So macam mana cara saya turunkan berat badan? 
Ni jawapannyer ..

Sebelum mengandung lagi saya dah tanam niat nak fully breastfeed anak sehingga 2 tahun insyaAllah.. Jadi sebaik sahaja bersalin saya memang struggle bagi direct feed to my baby. Time tu memang ramai bagitau kalau nak kurus cepat kena rajin direct feed baby. So itulah yang saya amalkan. Saya jenis yang tak suka tunggu anak menangis baru bagi susu badan.. kita kesian la kan.. Anak saya berbunyi "eekkkkkk..." sikit..terus saya sumbat nipple dalam mulut dia..dia pun stimulate lah cepat2.

Kenapa saya katakan struggle? Sebab saya ada sakit tongkeng waktu itu.. sakit tulang ekor kata orang.. akibat salah position masa meneran time bersalin tu. Memang sangat sukar untuk saya direct feed sambil duduk. Sebab sakit. Nak duduk pun sakit.. Nak bangun pun sakit.. Sampai orang lain kena tolong pegang. Adui..rasa malu rasa rendah diri je mase tu. Saya rasa terseksa jiwa raga okeh... Tapi saya kuatkan semangat..bagi jugak direct feed kat baby.. Tapi secara baring. Sebab nak duduk pun tak mampu kan.. pastu alhamdulillah masuk bulan ke 3 baru sakit tongkeng perlahan2 terus hilang. Now dah okay :)

Semasa pantang, saya amalkan Set 3M Shaklee - khas untuk penyusuan. Saya ada juga beli Set Berpantang Nona Roguy.. Tapi untuk badan saya tak sesuai lah jamu2 ni.. Baru minum sehari je Akar Herbanika tu terus susu badan saya merudum teruk & anak pulak badan dia jadi berpeluh2 panas. Kesian tengok, terus saya stop. Tapi bengkung NR bagus. Herbanika barut paling saya suka. Minyak Herbanika, Uncang Cuci Herbanika, Herbanika Lulur pun saya pakai, okay juga. Rasa membazir pulak beli satu set sebab Akar Herbanika & PhytoNatal tu tak sesuai dengan saya.. Takper, belajar dari experience.


Secara jujurnya nak bagitau, masa saya mula2 kembali bekerja, berat saya belum lagi mencapai berat asal, berat ketika itu 56kg. Apa yang membuatkan berat badan saya kembali ke berat asal atau ayat perasan sikit "KURUS" haha.. sebab saya makan...



Omega Guard dari Shaklee!

Ini bukan nak promote barangan Shaklee yer.. sbb saya bukan dealer Shaklee ponnn.. Just nak rekemen barang baikkkk punyaaa..

Lepas dekat2 nak habis pantang tu lah baru saya amalkan Omega Guard ni. Rasanya hari ke 40 berpantang kot. I'm not saying that Omega Guard ni boleh kuruskan badan dengan cepat.. Omega Guard ni saya gunakan untuk membakarkan LEBIHAN LEMAK yang masih ada. Keberkesanan bila kita direct feed lah yang paaaaaling membantu untuk kuruskan semula badan selepas bersalin. Omega Guard juga membantu.

One more thing, sejujurnya saya makan Omega Guard ni sebenarnya main reason untuk bekalkan kandungan DHA untuk anak saya .. di samping memberi positive effect pada berat badan saya jugak..

Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. (Baca info di sini)

For me.. Omega Guard is a good product..

Saya ada juga rekemen pada kawan yang sedang diet al~kononnya nak kurus rampinglah bagai kan.. So dia pun dah consume jugak Omega Guard ni..dan dia ada tambah Lecithin sebab nak lagiiiii cepat kurus.. Tak tipu, tapi memang nampak dah perubahan badan dia nampak kurus. Tapi dia tak menyusu lah.. Macam dia ni lately dah start jaga makan..sy tengok asik makan Oat aje pagi2 ehhee... Dia ada juga try makan SD II yang kononnya femes hebat sangatlah tu.. tapi dia cakap tak jadi apa.. buat membazir duit aje harap mahal aje katanye.. SD II pun saya tak pernah try.. Dan saya tak ambil Lecithin tu..

Lecithin bila combine with Omega Guard ni untuk sape yang nak cepat kurus.. Saya tak ambil takut nanti terkeding lah pulak hahaha.. So saya cadangkan pada sesape yang nak kurus cepat boleh la amalkan pengambilan Omega Guard + Lecithin ni.. :)


Lagi satu saya banyak minum air.. Saya minum air wajib 3 liter sehari.. so memang atas meja ofis setiap hari ada botol air sukatan 3 liter. Saya minum air suam aje. Say NO to AIR SEJUK!! Atas sebab saya bf mommy so air sangat perlu untuk produce breastmilk..



Workout? Memang takde.
Faktor kerja dan letih saya percaya memberi kesan kepada penurunan berat badan.. sebab hari2 saya travel jauh dari rumah ke nursery/ofis..mengepam lagi... uruskan rumahtangga lagi... dah tentu memenatkan.. So tu la kot saya punya workout..hahaha..


Dari segi pemakanan? Sejujurnya, saya control jugak.. tapi TAK OVER lah..sebab bf mommy mana boleh over diet okay.. rasanya makan macam biasa kot. Tapi saya tak ambil benda2 berangin..yang pedas2..benda2 sejuk..benda2 yang boleh mengurangkan susu badan..tu semua good bye lah..hee..


Rutin makan saya biasanya macam ni..


Pagi nasi lemak / bihun@koey teow@nasi goreng + telur
Lunch nasi berlauk
Petang suka makan walfer
Malam nasi berlauk
* Saya memang takkan makan lewat malam!

Air minum air kosong je (kerap minum air suam). Bila rasa nk manis baru gi buat air manis tp susu Anmum Lacta wajib minum setiap hari untuk produce more milk lah..

Ha, tu je lah cara yang saya amalkan.. 

Sekian :)


Tuesday 18 March 2014

3 Perkara Yang Boleh Membantu Dalam Penghasilan Susu Ibu Dengan Cara Yang Mudah Dan Berkesan

  1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  2. Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMANDsemakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali (3x wajib di tempat kerja). Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.

  3. Minum banyak air
  4. Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit. Pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
  5. Doa
  6. Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.

Moga bf journey kita semua sentiasa dipermudahkan dan saya berdoa agar diberi kesabaran dalam menempuh apa jua rintangan yang datang dalam menjayakan matlamat penyusuan ..sesungguhnya Allah bersama yang sabar dan tawakal dalam apa jua keadaan..dan ibu yang menyusukan anaknya dgn susu ibu itu besar pahala dan tinggi darjatnya di sisi Allah.. 

Selamat berjuang!

Thursday 6 March 2014

Supply And Demand

Supply And Demand
Penghasilan susu adalah berdasarkan konsep supply and demand.. Sebab itu hari-hari pertama bersalin, susu dalam kuantiti yang sangat sedikit.. Bersesuaian juga dengan saiz perut bayi yang cuma sebesar sebiji kacang hijau.. Pada hari-hari awal kelahiran, sesudu susu sudah mencukupi untuk mengenyangkan bayi..
Bila bayi mula memerlukan lebih banyak susu untuk pembesarannya, bayi akan menghisap lebih kerap dan ini memberi stimulasi kepada breast kita.. Signal dihantar kepada otak bahawa susu tidak cukup.. Dan otak akan memberitahu breast supaya menghasilkan lebih banyak susu..
Sebab itulah, semakin kerap kita menyusukan bayi, penghasilan susu akan semakin banyak.. Itulah namanya supply and demand..