Medela Harmony (Manual Breastpump)
Image from Google
Untuk Medela Breastpump ni boleh bagi 4.5/5 star :) Kalau nak 5/5 tu Medela Freestyle la..hehe..idaman tu.. Insha Allah ada rezeki nanti nak yang tu pulak!
Sangat2 selesa pakai breastpump jenis Medela Harmony ni sebab senang untuk travel. Tak payah susah2 nak angkut body, nak cari plug bagai..semua tu tak payah. Cuma pakai nursing poncho or shawl (lihat sini) sebagai cover sambil selamba pam kat tempat meja kerja je, setel.
Breastpump ni tak banyak makan space bila simpan dalam beg & selesa sebab corong pump tu betul2 melekat kat breast so tak mudah tercicir ye susu kiter.. pernah guna brand Rumble Tuff, sejenis electric/batery/manual breastpump..corong pam dia kena tekan betul2 kat breast, kalau tak habis cicir "emas" kita tu..bukan tu je, belum sampai sebulan pakai ade je part dia yang rosak..agak frust la pakai Rumble Tuff, tu yang tukar kepada Medela Harmony. So far, puas hatila pakai Medela Harmony ni.. :)
Tapi satu je kelemahan Medela Harmony, bila kita pam susu dah penuh.. and bila kita terbalikkan botol, konfem susu menceceh2 menitik keluar dari botol tu ye. Aduhh sayangnye..susu ni ibarat emas.. Sayang kalau biar membazir cicir camtu je..
Tapi pada saya yang tu bukan masalah besar sbb yang penting kena cermat semasa pam tu.. make sure kita pam straight, takde senget2 kan breastpump tu ya.. I LOVE MEDELA HARMONY! :)
FYI, bukan bottle storage Medela je yang boleh ngam dengan breastpump Medela Harmony ni..
Medela Harmony Bottle Storage
Image from Google
Malah, bottle storage brand lain pun ada sesetengahnya yang boleh kita guna bila pump pakai breastpump ni. Tapi yang paling saya suka guna, brand Jingle Jungle. Terus pakai botol jenis ni semasa pam sebab senang, dah siap pam, tutup cover kat atas then terus simpan. Tak payah susah2 nak transfer susu tu dari botol Medela ke botol Jingle Jungle atau lain2 botol. Jimatlah masa kita kat situ kan.. :)
Jingle Jungle Bottle Storage
Image from Google
Beli kat kedai Fabulous Mom, TTDI. Harga memang murah RM36++ dah tu ada 12 botol! BPA Free... Sep bajet..hehe. Actually dia ada beberapa design yang lain, tapi suke design yang ni and dalam deep freezer saya sume design jenis yang ni je hahah..
Antara design Jingle Jungle Bottle Storage:
Image from Google
Pssss: Suka tengok bottle storage brand Autumnz sbb design dia lawa.. Tapi sayangnye tak ngam ngan Medela Harmony nih... sob3..
No comments:
Post a Comment