Saya sebenarnya masih lagi berusaha nak pekatkan lagi susu. Kenapa kita perlu dapatkan susu pekat? Sebab bila susu pekat barula anak kita kenyang lebih lama. Ibarat kita buat air Milo. Perbezaan bila kita buat Milo cair & Milo pekat. Dah tentu lah yang pekat buat kita tahan kenyang lebih lama. Begitu juga dengan baby. Bila dapat minum susu yang pekat,dia akan kenyang lebih lama dan tidur lebih lama dan tenang.. Hati ibu pun senang..Tak gitu?
Di sini, saya terangkan cara pemakanan saya bagi memekatkan susu, sekaligus amalan untuk memperbanyakkan susu sepanjang penyusuan :)
Shaklee Set 3M + Add on Omega Guard
Saya amalkan set ni semasa berpantang. Ini yang paling berkesan --> Alfalfa + ESP paling penting. Saya notice, bila consume 2 supplement ni susu memang betul2 pekat & sedikit kekuningan. Pernah terbaca siapa yang consume ESP kena minum banyak air.
"Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar." , Petikan dari entry ini.
Actually saya makan Omega Guard lebih kepada untuk mendapatkan DHA supaya dapat disalurkan melalui susu badan kepada Mikhail. Bukan fokus pada pembakaran lemak semata-mata (Ceh! bajet dah kurus hehe).. Sebotol setengah makan Omega Guard, berat dah kembali ke berat asal dan happy tengok perkembangan minda anak sendiri.. alhamdulillah..
Susu Anmum Lacta
Ayah yang ajar suruh minum susu ni sebab tengok mamaku yang telah berjaya menyusukan adik bongsu sehingga 3 tahun! Haaa..otai tak otai? Tu masa 5 tahun lepas. Dah la masa tu mamaku memang exclusively breastfeeding mom.. housewife lagi tu..mamaku amalkan susu ni je & banyakkan minum air untuk memperbanyakkan susu badan. Masa tu belum famous lagi kot pasal stok2 simpanan susu dalam deep freezer ni sebab, takde pula mamaku buat stok susu bagai. Dia bagi direct je.. bila minum susu ni..susu nampak pekat jugalah.. & of coz susu jadi increase!!
Kerapkan Pam
YES! Susu aku pekat sebab aku kerap pam. Kalau orang lain kat office pam 3x. Aku pula pam 4x. Tapi bila kerja banyak n busy..aku pun pam 3x je hahah.. Tapi harus diingatkan, tolong jangan miss pam ye masa office hour. Makan la supplement apa pun, kalau malas pam tak gune gak.. Lagi malas pam, tengokla cair susu ko nanti. Lepas tu dok bising tanya kat aku nape susu cair...nape susu cair.. Orang dah cakap kerapkan pam, dia jawab malasla nak pam. Yang tu tak dapek la nak tolong ye.
Cara Mengepam Yang Betul
Untuk single pump: Pam sebelah kanan 15 minit, sebelah kiri 15 minit.
Untuk double pump: Pam kedua2 belah breast 15minit.
Note: Actually kalau dapat buat 20 minit each pumping lagi bagus. And mesti lah consistent timing setiap kali pam.
Pesanan: Pastikan buat jadual pam supaya dapat mendisiplinkan diri untuk aktiviti mengepam.
Minum banyak air
Kawan aku, Didie pesan sepanjang 2 tahun lebih dia berjaya nyusukan anak, dia cuma minum air kosong je untuk memperbanyakkan susu badan. Dia pesan, lepas buang air kecil, mesti minum. Sebelum pam, minum. Semasa pam, minum & selepas pam pun minum. Total at least 3 Liter sehari WAJIB. Oh yes! Wajib minum air. Sebab, mana datang susu badan kalau bukan dari cecair yang kita minum tu.
VSoy Multi-Grain + Roti Gardenia WholeGrain
Makan dua2 ni konfem susu bertambah2. Biasanya aku beli kotak2 kecil Vsoy tu. Sambil minum vsoy sambil makan roti wholegrain ni. Konfem susu memang bertambah, insyaAllah :) Cuma satu je la.. kena rajin pi beli la..eheheh..
Halba
Halba ni aku dapat petua dari Indian girl, Sarojini. Untuk memperbanyakkan susu badan.
Caranya: Halba tu basuh dulu, keringkan. Lepas tu blend sampai hancur. Ambil sesudu kecil halba rendam dalam air panas. Tunggu 15minit lepas tu baru minum.
Red Dates with Longan *brand In-Comix
Recommended by Echa, cousin. Campuran air kurma & longan. Bagus untuk memperbanyakkan susu badan. Beli kat The Store, bahagian paket2 coffee & tea. Harga RM7.58. Murah je kan, lepas tu sedap pulak tu. Aku minum 2 sachet sehari (pagi & petang). Kadang2 minum lebih dari 2 sachet sebab memang seeedappppp..
Barli
Minum kadang2 itu pun beli je bila minum kat kedai mamak. Barli paling berkesan untuk aku memperbanyakkan susu badan. Lepas minum je, sekejap je breast aku dah penuh kadang tu sampai bengkak. Suke suke suke.. :)
Banyak Makan Nasi bersama Sayur
Petua dari Shaza, so far dia dah setahun lebih still lagi bf anak. Dia pesan setiap kali makan nasi dia akan make sure mesti ada sayur. Sayur tu WAJIB katanya...gitew...So aku follow je lah cara dia..ehehe..
Susu Kambing Hi Goat
Recommended by Kak Ct, cousin. Dia memang otai dari anak pertama memang fully breastfeed..dia amalkan Hi Goat. Actually susu kambing ni lebih bagus berbanding susu2 yang lain. Selain daripada ikut sunnah nabi, susu kambing juga bagus untuk memperbanyakkan susu badan. Mula2 lepas bersalin memang aku amalkan juga minum ni setiap pagi
Elakkan!!
1. Minuman berais/sejuk dipercayai boleh mengeringkan susu badan.
2. Ubat-ubatan tak semua ibu menyusu boleh makan sebab ada sesetengah ubat yang boleh mengurangkan susu badan.
3. Jamu - Aku pernah seharian minum Akar Herbanika dari Nona Roguy, waktu berpantang. Esoknya pam tak sampai 1oz! Lepas tu tobat tak minum jamu lagi dah.. Lepas seminggu buat double pumping..Alhamdulillah susu dah back to normal.
4. Oregano, parsley.. - Yang ni aku tak pasti betul ke ianya boleh mengurangkan susu badan.
Boleh try mana2 di atas. Tapi perlu diingatkan setiap orang penerimaan body nye berbeza.. Mungkin pada badan aku, sesuai dengan air barli tapi tak sesuai dengan orang lain. Ha, time tu kena la rajin usaha cari makanan/minuman apa yang paling sesuai dengan body u oulss untuk memperbanyakkan susu badan. And satu lagi kena ingat, kalau telan macam2 bagai nak gila tapi malas nak pam pun tak gune gak.
Jom sama2 kita RAJIN BERUSAHA + JANGAN LEKA + BERDOA KEPADA ALLAH SWT semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan kita sehingga 2 tahun Insha Allah..
Happy Breastfeeding! :)
Thanks for the info.saye pun tgh brusaha mpbanyakk susu..lame sgt dah x mengepam
ReplyDeleteSy minum susu kambing untuk turunkan kuning anak.Alhamdulillah memang berkesan!
ReplyDeleteSy minum susu kambing untuk turunkan kuning anak.Alhamdulillah memang berkesan!
ReplyDeleteAssalam nak tanya. Boleh share masa 4x sesi pam kt tempat kerja? Gap setiap 4x sesi tu berapa ye?
ReplyDelete