Sunday, 31 May 2015

Susu Pediasure untuk Mikhail

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pediasure untuk jawapan yg tepat sila kol number di atas ye. Kalau nak google tu banyak pulak jumpa blog yg bagi salah info..untuk memuaskan hati anda sila kol number di atas.tq http://pediasure.com.my/




Ok, memperkenalkan ini dia susu Pediasure Complete saya baru belikan untuk Mikhail sekarang. Ramai rekemen susu ni termasuklah doktor2 pakar, jadi saya mesti cuba!


For now 1 year 9months Mikhail sangat ringan! 8.7kg je..!! :( so mama target bila 2y.o Mikhail dah lebih dari 9.6kg AT LEAST..mikhail start minum semalam 31/5/2015. 


Saya ada call careline, diorg bagitau bila guna susu PC ni tak boleh dicampurkan dengan susu tepung yang lain..tetapi kalau nak diselang seli kan dengan susu lain takpe..sbb PC ni adalah sejenis susu lembu..makanan pelengkap yer...kalau nak harapkan susu Pediasure je tak sesuai kot..satu hal kopak sket la haha...satu hal la elok di selang selikan dengan susu lain..dapat khasiat tambahan lain jugak ye..Pediasure adalah susu pemakanan lengkap lebih lengkap dari susu2 biasa.

masa bancuh tu careline bgtau yg air tak berapa penting banyak mana yg penting should target 10scoops – 15scoops sehari.

Recommend : 4 scoops + 6 oz of water (3kali minum di nursery) di rumah bole bagi susu tepung biasa.

Thursday, 9 April 2015

resepi untuk anak 1 thn ke atas

http://girlish87.blogspot.com/2013/09/homemade-resepi-bayi-1-tahun-dan-ke.html

Makanan Untuk Otak Anak

Akan apply untuk Mikhail sekarang ni :) inshaAllah!!
Credit: http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/makanan-untuk-otak-1.97791

1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.
  

Tuesday, 7 April 2015

Set Cepat Membaca Kaedah Fonetik

Saya target untuk beli set Bacalah Anakku bila Mikhail menghampiri 3tahun.

Satu lagi, tempat belajar anak mcm Smart Reader, Q-dess so far yg ok..memainkan peranan penting untuk perkembangan n pembelajaran anak2. Q-dess ada kat Sg buloh...leh ler...kan..tapi sy kena research byk2..n pilih tempat belajar terbaik utk mikhail..kak jijot kata dia anta anak 2 org kat Q-dess anak dia dua2 masuk kelas pertama kat sekolah..

Bila anak dah besar sikit..hanta kat Hira'...international islamic school. situ ramai budak dapat straight A's! tapi mahal tapi berbaloi kan. CIC nad ckp okay..kena check...semua school2 international camni ada interview utk anak dan juga mak bapak..so mak bapak pun kena prepare yer!!

So far.. target beli buku set Bacalah Anakku..

http://iheartislamstore.com/index.php?main_page=page_6

Monday, 23 February 2015

basikal mikhail..

Piano Keyboard Lah Pulak!


Nak yang terbaik untuk anak, haruslah ku korbankan duit sikit ya haha..sanggup! sanggup! janji anak saya pandai melebihi budak2 sebaya dia...aminn...

Husband pun asik dok bising katanya saya bazirkan duit beli toys..orang laki mmg tak paham kot..takper la yang oi..anggap je mcm investment utk anak :P

Terbaru, ayah saya sarankan saya belikan piano utk mikhail...

Studies show that children who learn how to play music or who have an appreciation for music have higher scores on standardized tests and have a higher IQ-

Teringat la zaman kanak2 dulu kami adik beradik semua suka main benda alah kecik ni... satu piano keyboard ni share2 4 beradik.. patutla kami adik bradik bijak2 ja hahaha okay perasan.. =_=

Lazada la banyak jual discount2 punya..tomorrow saya nak beli..later2 mikhail dah guna saya letak la review k! ...calooo