Tuesday 18 November 2014

Kisah Cirit Birit Mikhail Berlarutan Selama 5 Hari

Cirit birit adalah perkara yang MESTI kita bimbang bila datang sekali dengan muntah2. Kalau muntah ada maknanya it's dangerous! Kalau cirit sahaja perlu lah dijaga dengan extra care lah..

Kenapa? Sebab kalau cirit dah tentu lah anak keluarkan berak cair (banyak air badan tu keluar) at the same time bila muntah pulak pun keluar jugak banyak air dari dalam badan. So kalau berlarutan boleh menyebabkan dehyrated yg teruk n boleh buatkan anak kita sampai nampak kering! 

Ini berlaku pada Mikhail seminggu lepas. Now alhamdulillah dah sihat sepenuhnya.

Mengikut kata dr pakar Dr Ling Shih Gang gitula kot ejaan nye... pakar tropicana medical center..
untuk budak2 berumur 12 tahun ke bawah memang TAK BOLEH diberi makan ubat cirit birit! bahaya sebab boleh memberi kesan yang tak baik pada anak.

Doktor suruh bagi banyak makan sayur2, buah-buahan & tidur mesti cukup untuk make sure imunisasi badan dia kuat. 

1. Masa cirit birit tu bagila makan buah PISANG. 
Untuk pekatkan sikit berak dia. 

2. Mesti bagi minum air yang sangat banyak! Sebab anak telah kehilangan air semasa cirit dan muntah tu.

3. Kalau bagi makan dia taknak, asik muntah2.. so jgn paksa..bagi slow2 sikit je..jgn bagi terus byk skali gus.

4. Make sure kebersihan mesti dijaga.

5. Cirit birit boleh berjangkit pada kanak2 lain dan juga orang dewasa (ni saya mula2 tak percaya.. bila tanya dr ling, baru percaya sebab dia pakar hehehe)

antara ubat yg dr pakar dr ling bg ialah ubat bancuh ORS mcm air garam..sgt penting supaya x dehydrate..ubat tahan muntah masuk kat punggung tu dgn ubat supplement utk perut..

Cirit2 takde ubat utk kanak2 bwh 12thn. ianya akan reda dgn sendirinye.usually takes maximum 7 days br btul2 ok..mcm mikhail 5 hari dah pulih sepenuhnye..alhamdulillah


No comments:

Post a Comment