Saya menulis entry ni dengan niat untuk bantu kawan2 yang masih belum berjaya ajar anak utk hafal & kenal huruf ABC & 123.
Saya ajar mengikut cara sendiri. Sendiri terfikir kot.. Alhamdulillah memang berkesan! :)
Kat sini saya nak tolong bagi tips. Sharing is caring kan :)
Saya pernah terbaca mengenai entry dari blogger yang mengatakan bahawa ABC magnetic tu lebih power than flash cards! Yes mmg totally correct!
Syukur alhamdulillah 1 tahun 8 bulan Mikhail sudah pun berjaya menghafal & mengenal huruf ABC (lower case & upper case) & 123 sampai 10.
Trust me, tak susah sebenarnya nak ajar anak ABC & 123. Korang MESTI ada target & ajar mesti konsisten yer! Total dalam masa 5 bulan Mikhail berjaya mengenal semua ABC(upper case & lower case) & 123..
InshaAllah ikut cara ni, anak korang dapat belajar ABC & 123 semuanya dengan cepat. Apa salahnya kita berusaha buat yang terbaik untuk anak2 tercinta kan :)
Seawal mana Mikhail belajar ABC & 123?
1 tahun 3 bulan, saya start ajar Mikhail ABC magnetics beli kat Toysrus.
[picture ABC magnetic]
Masa 1 tahun 2 bulan Mikhail dah pun hafal ABC & 123 (sebab pagi2 masa prepare Mikhail kadang2 kite dok pasang lagu2 tu kat pc lama2 dia hafal sendiri :P) Pegi mana2 pun dia suke nyanyi ABC 123.
Ramai kata Mikhail jenis pandai menyebut ayat sebutir2 maknanya kita boleh faham benar apa yang dia sebut tu. Kalau dia sebut "bulan", bulan lah..takde bunyi "ulan" ke..kalau "makan"..makan lah..takde bunyi "kan"... so kat sini senang sikit nak ajar dia sebut dengan betul & tepat.
Kita focus uppercase dulu. Sebab bila dah kenal semua upper case, secara otometiknye senang nanti nak ajar dia lower case sebab banyak bentuk yang lebih kurang sama je.
Macam mana cara saya ajar Mikhail?
Bukan nak condemn flash card, sebab saya pun guna flash card. flash card pun bagus jugak untuk ajar dia animals..shapes..colors...etc..cuma untuk ABC & 123 saya sarankan korang ajar guna magnetic.. Saya dah try flash card utk ABC & 123..tapi ye la card kan.. bentuknye petak samaaaa je.. dia jadi cpt bosan...
Magnetic ni buat budak laju je dapat kenal setiap huruf sebab dia pegang dan dia rasa benda tu. Bila dapat rasa, dia tahu perbezaan setiap huruf seterusnya dapat mengenal huruf2 tu dengan cepat.
Mulanya saya tabur je semua huruf2 tu depan Mikhail bagi dia main.. bentuk huruf pertama yang mikhail suka adalah huruf "T" & "U". So saya ajar huruf2 yang dia suka dulu. Biar dia berminat nak belajar kan..
Peringatan: Please...please..please... just slow and steady. Jangan paksa anak!! Bila ajar mesti konsisten k! Jangan pulak korang skip sebulan malas nak ajar pastu anak dah lupa..kan leceh nak ulang balik huruf2 yang dia dah hafal dulu. Korang mesti ada target..cthnya: seminggu ajar 2 huruf (saya guna 2 huruf je seminggu sebab Mikhail time tu masih kecik lagi..kalau anak korang dah besar skit, boleh la lebihkan buat seminggu 5 huruf ke..)
[picture tabur ABC depan Mikhail, picture Mikhail pegang huruf2]
Tips: Ajar mengenal ABC
Bila ajar, biar anak rasa enjoy & jangan stresskan dia..ko nak paksa dia belajar sampai bosan, jangan la.. biar dia ada minat rasa enjoy nak belajar dgn penuh minat tanpa sebarang paksaan. Baru la dia cepat serap! Yer, budak2 time umur macam ni lah dia paling cepat serap..gunakanlah masa2 macam ni sebaik mungkin..
Kita buat seminggu 2 huruf je..
Saya akan ajar dia, "Mikhail, ini huruf T"..Mikhail akan repeat "T" so kita pun repeat repeat "T"..selagi dia tak sebut dengan betul, kita main repeat2 je sampai dia sebut dengan betul. Tunjuk pulak lagi satu huruf yang dia suka, "ini huruf U".. Mikhail akan repeat "U"..kita pun repeat again n again..
Esok tu buat benda yang sama..
Esok lagi tanya balik kat Mikhail "Ni huruf apa Mikhail?".. kalau dia belum kenal sebutkan la kat dia..kalau dia dah kenal huruf tu... ko puji la bagi kembang sikit hidung dia kan..baru lagi bersemangat dia nak terus belajar...bila dia sebut dgn betul saya selalu sebut "Pandaiiii...!"..kadang tu lupa nak sebut pandai, dia yg suruh sebut pandai kat dia balik.=_= *tepukdahi!
Bila anak berjaya dapat 1 huruf pun dah sangat membanggakan mak bapak k! ko bagi la reward utk dia..bagi toys baru ke..masak sedap2 ke apa..
Apa lagi yang saya buat? Pagi2 saya akan travel bawa Mikhail ke LBP. Saya akan bawak 2 huruf tadi sambil ajar dlm kereta.. sambil traffic light merah tu..keje kau, repeat2 je la sampai dia pun repeat2 lama2 tak sampai seminggu pun dia dah boleh ingat :)
Minggu seterusnya ajar pulak lagi 2 huruf ABC yang lain contohnya amik pulak huruf S & B. Ikut cara yang sama mcm kat atas ni BUT!! make sure huruf yang ko ajar sebelum ni ( T & U) tu ko ingatkan balik kat dia jangan pulak ko tak repeat balik huruf2 yang ko dah ajar sebelum ni..takut nanti terlupa..budak2 pun kalau dah lama tak repeat dia boleh terlupa k..
Tips: Kena ada target!
Saya sediakan 2 bekas. 1 besar 1 kecik. Bekas kecik sumbat dalam bekas besar, 2 in 1 la kiranya ni..
Bekas besar: Sumbat segala ABC yang dia masih belum hafal.
Bekas kecik: Sumbat ABC yang dia dah hafal..lama2 ko sendiri dapat keep track huruf apa yang dia dah hafal n huruf apa yg dia belum hafal.
Tips:
Pergi mana2 pun sebut je segala huruf yang ada depan mata. Cthnya tunjuk kat dia no. plat keta ke..huruf2/nombor2 kat kotak ke.. Lama2 yang belum ajar pun dia dah kenal jugak :) Naik tangga pun sebut 1..2...3...4..5..blabla..lama2 naik tangga dia boleh kira sendiri :)
P/s: Bila dah terer semua, buat style lain sikit.. saya taburkan semua huruf2 & nombor2 depan Mikhail, saya akan suruh Mikhail cari sendiri huruf2 dan nombor2 yang saya sebutkan..
Tips: Lagu ABC & 123
ABC favourite Mikhail, link: https://www.youtube.com/watch?v=_UR-l3QI2nE
Tak payah la selalu sangat expose phone/laptop/pc/tv/tablet banyak sangat kat budak2..
Saya letak limit maximum 20mins je...itu pun kadang2 terbabas jugak..haha! Takde la pasang hari2.. kadang2 jer la..
To be honest la.. ABC 123 youtube tu membantu jugak sebenarnya :P
Teacher ckp kat LBP Mikhail suka menyanyi ABC & 123 sorang2.. Selalu jugak nyanyi lagu ABC & 123 sama-sama.
Cara Mikhail Belajar 123
Yang ni saya tak pakai pun 123 magnetic tu.. sebab masa tu belum beli lagi..bila dah beli, Mikhail dah hafal pulak =_= so kita main repeat je la kat dia..
Sebelum ni dok condo. Setiap lift kat condo tu ada nombor.. so pagi2 sambil tunggu lift, sambil dokong Mikhail saya ajar la..
"Mikhail tu nombor apa? Nombor 5!"
Mikhail sebut 5.. pastu saya tunjuk & ajar nombor rumah2 kat situ haha..tunjuk nombor2 kat lift semua..masuk lift tunjuk pulak ni tingkat 1..ni tingkat 2.. 3..4..bla bla..sambil naik tangga saya akan suruh Mikhail mengira berapa anak tangga yang dia dah naik..
Guess what... dengan bantuan lift kat condo tu la yg buat Mikhail berjaya hafal & kenal 123 sampai 10!
[123 magnetic pun ajar jugak..tapi masa dah beli magnetic 123 ni dia dah kenal semua, so hari2 saya cuma suruh dia bagitau tu nombor apa je]
Buku pun perlu jugak..
Dalam masa mengajar Mikhail ABC & 123, saya pun ada expose dia ngan buku2 ni
[picture of buku2 123 abc]
Buku2 macam ni pun membantu jugaklah. Sebab other than letters & numbers, dia banyak pictures & colors.. So Mikhail tak pernah bosan pun, sampai umur sekarang pun suka dok belek lagi buku2 ni..
P/s:
* Target selepas ni nak ajar Mikhail mengira benda, kaedah Phonic & Alif Ba Ta pulak..
* Umur yang paling awal untuk memulakan pembelajaran ialah pada umur 3 setengah tahun.
* Target supaya Mikhail mampu membaca pada usia seawal 4 tahun, inshaAllah..semoga dipermudahkan..
No comments:
Post a Comment