Monday, 5 May 2014

Resepi Untuk Mikhail at 7 Months

Mashed Potato + Spinach (Puree)
1 biji Ubi kentang
1/2 genggam Bayam

2oz EBM

Caranya


Stim ubi kentang & bayam berasingan. Jangan campur sebab bayam tu kena steam sekejap je. Ubi yang kena stim lama sampai masak,kena betul2 masak takut nnt sakit perut. Dah siap stim, masukkan semua bahan dalam blender termasuk susu ibu dan blend sampai hancur. Siap.


* Mikhail makan dengan excitednye! Dia nye fave food so far..




Puree Epal + Pear

1/2 biji Epal
1/2 biji Pear
1oz EBM

Caranya

Stim semua buah sampai masak. Dah siap stim, masukkan EBM pastu blend sampai hancur. Siap.


Bubur Kentang + Salmon

1 biji Ubi kentang
Sedikit sliced Salmon
1oz EBM

Caranya
Stim semua sampai masak. Dah siap stim, masukkan EBM pastu blend sampai hancur. Siap.



Bubur Ayam + Bayam

1 genggam beras + 2 cawan air masak
Daging ayam dicincang
1/2 genggam bayam
2oz EBM (jika mahu)

Caranya

Masak bubur + ayam guna pressure cooker selama 10 minit jer.
Sementara tu stimkan bayam.
Dah masak semua, masukkan sedikit EBM(jika mahu) dan blend sampai hancur. Siap.




Bubur Bayam + Ubi Kentang + Ayam
1 Tangkai Bayam Hijau - dibuang urat
1 biji Ubi Kentang
1 genggam beras
Isi ayam (ikut suka)

Air rebusan ayam secukupnya

Caranya
Rebus isi ayam, jangan lupa ambil air rebusan ayam tu buat pulak bubur + kentang.

Stim bayam.
Dah masak semua, blend semua bahan sampai hancur. Siap.


Puree Brokoli *TGK BUKU RESEPI

Puree Carrot *TGK BUKU RESEPI


No comments:

Post a Comment