Thursday 2 July 2015

Kanak-kanak berumur 18 hingga 24 bulan

A. Kemampuan perkembangan yang harus dicapai anak semasa sebelum berumur 24 bulan.

~ Gerak Kasar : Berjalan mundur sedikitnya 5 langkah
~ Gerak halus : Mencoret-coret dengan alat tulis
~ Bicara, bahas dan kecerdasan : Menyebutkan nama dan menunjuk satu bahagian tubuh dengan betul.
~ Bergaul & berdikari : Meniru melakukan pekerjaan rumah tangga


B. Stimulasi yang dberikan

1. Melatih anak berjalan jinjit kaki.
2. Membantu anak belajar melompat. Pegang tangannya sambil suruh dia melompat.
3. Melatih anak berdiri dengan satu kaki. Tunjukkan cara berdiri dengan satu kaki secara bergantian. buatlah hingga dia mahu menirunya. Latihlah agar ia boleh melakukannya tanpa kehilangan keseimbangan.
4. Mengajar anak menggambar bentuk sederhana. Ajari anak membuat garis lurus, bulatan, segitiga, dan sebagainya.
5. Mengajar anak memasukkan benda ke lubang yang sesuai. Sediakan bekas yang dibuat lubang-lubang berbentuk segi tiga, segi empat segi lima, bulatan dan sebagainya. Tunjukkan kepada anak cara memasukkan benda berbentuk segi tiga, segi empat, segi lima, bulatan dan sebagainya
6. Melatih anak mengikuti perintah sederhana. Berilah anak suatu perintah sederhana. Buatlah agar ia mahu melakukannya.
7. Melatih anak mengenakan pakaiannya sendiri. Biasakan anak mengenakan pakaiannya sendiri.
8. Melatih anak agar supaya boleh ditinggalkan ibunya untuk sementara. Buatlah agar ia terbiasa berpisah untuk sementara tanpa menangis atau menjadi gelisah.
9. Anak-anak akan merasa sangat senang jika orang tua mengajarkan kata-kata yang bernamakan anggota tubuhnya sambil menunjukkan anggota tubuhnya.

Memahami bentuk, kedalaman, ruang dan waktu
Pada tahun kedua, anak sudah memiliki kemampuan untuk memahami berbagai hal. Melalui pengamatannya, anak menemukan adanya bentuk, tinggi atau rendah benda (kedalaman) dan membedakan kesempatan berdasarkan tempat (ruang ) dan waktu. Pemahaman ini mulai tampak pada usia 18 – 24 bulan.

Ref: https://wannuraterapi.wordpress.com/2012/06/24/kanak-kanak-berumur-18-hingga-24-bulan/

Wednesday 10 June 2015

Cara Mudah Hafal & Kenal ABC & 123 :)

Saya menulis entry ni dengan niat untuk bantu kawan2 yang masih belum berjaya ajar anak utk hafal & kenal huruf ABC & 123. 

Saya ajar mengikut cara sendiri. Sendiri terfikir kot.. Alhamdulillah memang berkesan! :)

Kat sini saya nak tolong bagi tips. Sharing is caring kan :)

Saya pernah terbaca mengenai entry dari blogger yang mengatakan bahawa ABC magnetic tu lebih power than flash cards! Yes mmg totally correct! 


Syukur alhamdulillah 1 tahun 8 bulan Mikhail sudah pun berjaya menghafal & mengenal huruf ABC (lower case & upper case) & 123 sampai 10.

Trust me, tak susah sebenarnya nak ajar anak ABC & 123. Korang MESTI ada target & ajar mesti konsisten yer! Total dalam masa 5 bulan Mikhail berjaya mengenal semua ABC(upper case & lower case) & 123..

InshaAllah ikut cara ni, anak korang dapat belajar ABC & 123 semuanya dengan cepat. Apa salahnya kita berusaha buat yang terbaik untuk anak2 tercinta kan :)




Seawal mana Mikhail belajar ABC & 123? 

1 tahun 3 bulan, saya start ajar Mikhail ABC magnetics beli kat Toysrus. 

[picture ABC magnetic]

Masa 1 tahun 2 bulan Mikhail dah pun hafal ABC & 123 (sebab pagi2 masa prepare Mikhail kadang2 kite dok pasang lagu2 tu kat pc lama2 dia hafal sendiri :P) Pegi mana2 pun dia suke nyanyi ABC 123. 

Ramai kata Mikhail jenis pandai menyebut ayat sebutir2 maknanya kita boleh faham benar apa yang dia sebut tu. Kalau dia sebut "bulan", bulan lah..takde bunyi "ulan" ke..kalau "makan"..makan lah..takde bunyi "kan"... so kat sini senang sikit nak ajar dia sebut dengan betul & tepat.

Kita focus uppercase dulu. Sebab bila dah kenal semua upper case, secara otometiknye senang nanti nak ajar dia lower case sebab banyak bentuk yang lebih kurang sama je. 


Macam mana cara saya ajar Mikhail?

Bukan nak condemn flash card, sebab saya pun guna flash card. flash card pun bagus jugak untuk ajar dia animals..shapes..colors...etc..cuma untuk ABC & 123 saya sarankan korang ajar guna magnetic.. Saya dah try flash card utk ABC & 123..tapi ye la card kan.. bentuknye petak samaaaa je.. dia jadi cpt bosan...

Magnetic ni buat budak laju je dapat kenal setiap huruf sebab dia pegang dan dia rasa benda tu. Bila dapat rasa, dia tahu perbezaan setiap huruf seterusnya dapat mengenal huruf2 tu dengan cepat.

Mulanya saya tabur je semua huruf2 tu depan Mikhail bagi dia main.. bentuk huruf pertama yang mikhail suka adalah huruf "T" & "U". So saya ajar huruf2 yang dia suka dulu. Biar dia berminat nak belajar kan.. 

Peringatan: Please...please..please... just slow and steady. Jangan paksa anak!! Bila ajar mesti konsisten k! Jangan pulak korang skip sebulan malas nak ajar pastu anak dah lupa..kan leceh nak ulang balik huruf2 yang dia dah hafal dulu. Korang mesti ada target..cthnya: seminggu ajar 2 huruf (saya guna 2 huruf je seminggu sebab Mikhail time tu masih kecik lagi..kalau anak korang dah besar skit, boleh la lebihkan buat seminggu 5 huruf ke..)

[picture tabur ABC depan Mikhail, picture Mikhail pegang huruf2]



Tips: Ajar mengenal ABC

Bila ajar, biar anak rasa enjoy & jangan stresskan dia..ko nak paksa dia belajar sampai bosan, jangan la.. biar dia ada minat rasa enjoy nak belajar dgn penuh minat tanpa sebarang paksaan. Baru la dia cepat serap! Yer, budak2 time umur macam ni lah dia paling cepat serap..gunakanlah masa2 macam ni sebaik mungkin..

Kita buat seminggu 2 huruf je.. 

Saya akan ajar dia, "Mikhail, ini huruf T"..Mikhail akan repeat "T" so kita pun repeat repeat "T"..selagi dia tak sebut dengan betul, kita main repeat2 je sampai dia sebut dengan betul. Tunjuk pulak lagi satu huruf yang dia suka, "ini huruf U".. Mikhail akan repeat "U"..kita pun repeat again n again..

Esok tu buat benda yang sama.. 

Esok lagi tanya balik kat Mikhail "Ni huruf apa Mikhail?".. kalau dia belum kenal sebutkan la kat dia..kalau dia dah kenal huruf tu... ko puji la bagi kembang sikit hidung dia kan..baru lagi bersemangat dia nak terus belajar...bila dia sebut dgn betul saya selalu sebut "Pandaiiii...!"..kadang tu lupa nak sebut pandai, dia yg suruh sebut pandai kat dia balik.=_= *tepukdahi! 

Bila anak berjaya dapat 1 huruf pun dah sangat membanggakan mak bapak k! ko bagi la reward utk dia..bagi toys baru ke..masak sedap2 ke apa..


Apa lagi yang saya buat? Pagi2 saya akan travel bawa Mikhail ke LBP. Saya akan bawak 2 huruf tadi sambil ajar dlm kereta.. sambil traffic light merah tu..keje kau, repeat2 je la sampai dia pun repeat2 lama2 tak sampai seminggu pun dia dah boleh ingat :)


Minggu seterusnya ajar pulak lagi 2 huruf ABC yang lain contohnya amik pulak huruf S & B. Ikut cara yang sama mcm kat atas ni BUT!! make sure huruf yang ko ajar sebelum ni ( T & U) tu ko ingatkan balik kat dia jangan pulak ko tak repeat balik huruf2 yang ko dah ajar sebelum ni..takut nanti terlupa..budak2 pun kalau dah lama tak repeat dia boleh terlupa k..




Tips: Kena ada target!


Saya sediakan 2 bekas. 1 besar 1 kecik. Bekas kecik sumbat dalam bekas besar, 2 in 1 la kiranya ni..

Bekas besar: Sumbat segala ABC yang dia masih belum hafal.

Bekas kecik: Sumbat ABC yang dia dah hafal..lama2 ko sendiri dapat keep track huruf apa yang dia dah hafal n huruf apa yg dia belum hafal.


Tips:

Pergi mana2 pun sebut je segala huruf yang ada depan mata. Cthnya tunjuk kat dia no. plat keta ke..huruf2/nombor2 kat kotak ke.. Lama2 yang belum ajar pun dia dah kenal jugak :) Naik tangga pun sebut 1..2...3...4..5..blabla..lama2 naik tangga dia boleh kira sendiri :)


P/s: Bila dah terer semua, buat style lain sikit.. saya taburkan semua huruf2 & nombor2 depan Mikhail, saya akan suruh Mikhail cari sendiri huruf2 dan nombor2 yang saya sebutkan..



Tips: Lagu ABC & 123


ABC favourite Mikhail, link: https://www.youtube.com/watch?v=_UR-l3QI2nE

Tak payah la selalu sangat expose phone/laptop/pc/tv/tablet banyak sangat kat budak2..
Saya letak limit maximum 20mins je...itu pun kadang2 terbabas jugak..haha! Takde la pasang hari2.. kadang2 jer la..

To be honest la.. ABC 123 youtube tu membantu jugak sebenarnya :P

Teacher ckp kat LBP Mikhail suka menyanyi ABC & 123 sorang2.. Selalu jugak nyanyi lagu ABC & 123 sama-sama.




Cara Mikhail Belajar 123


Yang ni saya tak pakai pun 123 magnetic tu.. sebab masa tu belum beli lagi..bila dah beli, Mikhail dah hafal pulak =_= so kita main repeat je la kat dia..

Sebelum ni dok condo. Setiap lift kat condo tu ada nombor.. so pagi2 sambil tunggu lift, sambil dokong Mikhail saya ajar la..

"Mikhail tu nombor apa? Nombor 5!"


Mikhail sebut 5.. pastu saya tunjuk & ajar nombor rumah2 kat situ haha..tunjuk nombor2 kat lift semua..masuk lift tunjuk pulak ni tingkat 1..ni tingkat 2.. 3..4..bla bla..sambil naik tangga saya akan suruh Mikhail mengira berapa anak tangga yang dia dah naik..


Guess what... dengan bantuan lift kat condo tu la yg buat Mikhail berjaya hafal & kenal 123 sampai 10!


[123 magnetic pun ajar jugak..tapi masa dah beli magnetic 123 ni dia dah kenal semua, so hari2 saya cuma suruh dia bagitau tu nombor apa je]


Buku pun perlu jugak..
Dalam masa mengajar Mikhail ABC & 123, saya pun ada expose dia ngan buku2 ni
[picture of buku2 123 abc]
Buku2 macam ni pun membantu jugaklah. Sebab other than letters & numbers, dia banyak pictures & colors.. So Mikhail tak pernah bosan pun, sampai umur sekarang pun suka dok belek lagi buku2 ni..


P/s: 
* Target selepas ni nak ajar Mikhail mengira benda, kaedah Phonic & Alif Ba Ta pulak..
* Umur yang paling awal untuk memulakan pembelajaran ialah pada umur 3 setengah tahun.
* Target supaya Mikhail mampu membaca pada usia seawal 4 tahun, inshaAllah..semoga dipermudahkan..


Sunday 31 May 2015

Susu Pediasure untuk Mikhail

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pediasure untuk jawapan yg tepat sila kol number di atas ye. Kalau nak google tu banyak pulak jumpa blog yg bagi salah info..untuk memuaskan hati anda sila kol number di atas.tq http://pediasure.com.my/




Ok, memperkenalkan ini dia susu Pediasure Complete saya baru belikan untuk Mikhail sekarang. Ramai rekemen susu ni termasuklah doktor2 pakar, jadi saya mesti cuba!


For now 1 year 9months Mikhail sangat ringan! 8.7kg je..!! :( so mama target bila 2y.o Mikhail dah lebih dari 9.6kg AT LEAST..mikhail start minum semalam 31/5/2015. 


Saya ada call careline, diorg bagitau bila guna susu PC ni tak boleh dicampurkan dengan susu tepung yang lain..tetapi kalau nak diselang seli kan dengan susu lain takpe..sbb PC ni adalah sejenis susu lembu..makanan pelengkap yer...kalau nak harapkan susu Pediasure je tak sesuai kot..satu hal kopak sket la haha...satu hal la elok di selang selikan dengan susu lain..dapat khasiat tambahan lain jugak ye..Pediasure adalah susu pemakanan lengkap lebih lengkap dari susu2 biasa.

masa bancuh tu careline bgtau yg air tak berapa penting banyak mana yg penting should target 10scoops – 15scoops sehari.

Recommend : 4 scoops + 6 oz of water (3kali minum di nursery) di rumah bole bagi susu tepung biasa.

Thursday 9 April 2015

resepi untuk anak 1 thn ke atas

http://girlish87.blogspot.com/2013/09/homemade-resepi-bayi-1-tahun-dan-ke.html

Makanan Untuk Otak Anak

Akan apply untuk Mikhail sekarang ni :) inshaAllah!!
Credit: http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/makanan-untuk-otak-1.97791

1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.
  

Tuesday 7 April 2015

Set Cepat Membaca Kaedah Fonetik

Saya target untuk beli set Bacalah Anakku bila Mikhail menghampiri 3tahun.

Satu lagi, tempat belajar anak mcm Smart Reader, Q-dess so far yg ok..memainkan peranan penting untuk perkembangan n pembelajaran anak2. Q-dess ada kat Sg buloh...leh ler...kan..tapi sy kena research byk2..n pilih tempat belajar terbaik utk mikhail..kak jijot kata dia anta anak 2 org kat Q-dess anak dia dua2 masuk kelas pertama kat sekolah..

Bila anak dah besar sikit..hanta kat Hira'...international islamic school. situ ramai budak dapat straight A's! tapi mahal tapi berbaloi kan. CIC nad ckp okay..kena check...semua school2 international camni ada interview utk anak dan juga mak bapak..so mak bapak pun kena prepare yer!!

So far.. target beli buku set Bacalah Anakku..

http://iheartislamstore.com/index.php?main_page=page_6