Tuesday, 13 January 2015

SUSU KAMBING!


Susu yang paling TERBAIK adalah susu ibu. Tu semua orang sure tahu kan.. Dan susu terbaik selepas susu ibu adalah SUSU KAMBING. Sebab itulah saya bagi Mikhail minum susu kambing... :)

Bukan lah saya banned terus susu lembu. Sebab saya sendiri pun pernah jugak try susu lembu brand S26 & Dugro masa mula2 start campur susu fm tu.. tapi saya notice, minum je susu lembu Mikhail sama ada akan muntah @ demam @ cirit birit @sembelit. Kat pasaran pun banyak sangat brand2 susu lembu yang saya terpk jugak nak bg Mikhail try tapi alih2 kalau dah muntah segala bagai tu kesian pulak kat anak aku kan.. Lepas puas Google tu tukar ke susu kambing Suffy Goat pulak.. ni parents kat nursery yang rekemen..




Gini rupenye Suffy Goat.. dah 3 kotak bantai..baru perasan takde DHA! ahahah..but actually susu ni still bagus sbb mengandungi Madu, Delima, Kurma, Rumpai Laut..blabla.. Mikhail pun serasi ngan susu ni .. 

CUMA..naluri seorang ibu mestila nak beri yang paling terbaik untuk anak..jadi akhirnye saya terjumpe jugak susu kambing yang boleh dikatakan susu fm yang paling terbaik setakat yang saya penah jumpe...KARI HOME!


Mengandungi DHA, EPA, AA which is bagus untuk perkembangan otak baby..boleh google sendiri.

Harga 900g satu tin = RM100.20 di Jaya Grocer, Intermark.

Saya beli kat situ je..senang la dekat ngan ofis. Tak dinafikan la harga susu kambing KARI HOME ni mahal yg amat kalau nak dibandingkan dengan susu lembu =_= Tapi why not kita spend duit lebih sikit untuk beri yang terbaik untuk anak..anggapla sebagai investment untuk masa depan anak. tak gituw?

Mikhail dah 1 tahun 4 bulan. Masih lagi breastfeed tapi time bila dia dok ngan saya je lah maklumler production dah berkurangan sebab dia sempat fully breastfeed until 1 year,but syukur tak semua orang diberi kesempatan merasa semua ni..Now kat nursery je dia minum susu fm...balik umah takdenye Mikhail nak pandang susu lain. Dia tau mak dia ada..ehe!


REVIEW KARI HOME

Sejak minum susu kambing KARI HOME ni, Mikhail TAK PERNAH SEMBELIT! Alhamdulillah legaaaaa...

Makin bijak..makin aktif..semuanya yang positif lah..

Dulu sampai umur 1 tahun dia minum 8oz-10oz je sikit kannnn padahal baby lain jauh lagi banyak.. so bila minum susu Kari Home ni sehari dia telan sehingga 17oz..banyak beza tu kan..mungkin dia suka sangat kot rase susu ni..

Takde dah muntah2.. dulu masa minum susu lembu..lepas makan lunch je dia terus muntahkan balik semua makanan yg dia makan tu.. sedihhhhhhhhh...dulu la dulu...sekarang dah tukar KARI HOME takde gitu dah..

Saya percaya tak semua baby yang boleh terima susu kambing. Masa saya nak beli tu pun macam2 doa yang saya baca.. Doa minta Allah lembutkan hati Mikhail supaya Mikhail suka sangat dengan susu kambing.. alhamdulillah memang takde masalah panas ke apa ke..suke je dia minum.. Mikhail ni bukan peminat susu lembu agaknya.. Susu yang dia boleh terima dan suka cuma dua je 

1. Susu ibu - of course
2. Susu kambing

Susu lembu tak serasi ngan body dia... Kengkawan boleh google sendiri ye pasal kebaikan susu kambing ni..! Jom sama2 ikut sunnah Nabi! Bagi anak minum susu kambing lagi bagus yer..~

Wednesday, 7 January 2015

Hilangkan Ruam Pada Baby


Bedak Agnesia ni untuk rawat ruam gatal alergik.. memang berkesan la bedak ni..

Mikhail penah tumbuh ruam penuh satu badan..effect lepas kena demam ke..sebelum kena demam..tapi memang kesian la tgk sbb penuh satu badan kan.. member rekemen guna Bedak Agnesia ni..

Sapu light2 je kat badan dia..jangan banyak sebab nanti kulit akan jadi kering... pastu esoknya teruk okay.. kena sapu badan dia dengan body lotion untuk elak kekeringan pada kulit badan...Dulu orang2 tua pun byk pakai bedak ni.

Untuk ruam kat bontot pulak..

Saya try jugak letak kat bontot dia bila melecet..melecet yang terjadi apabila poopoo dia dok lama sgt dalam pampers.. kan keluar merah2 melecet tu kan..sapu..esoknya kurang...

Tapi ada satu cream yang so far bagus untuk hilangkan kesan melecet tu...sampai sekarang saya tak pernah tukar yang lain sebab mikhail nye kulit dah serasi ngan cream ni..


Sudocrem.. sgt elok untuk hilangkan ruam pada bontot tu hehe..tapi jgn letak kat badan la..boleh rasanya tapi tak sesuai sbb dia lekit2 kan kesian kat baby pulak..untuk badan pakai agnesia tu ler...

Flash card

Yup , saya sangat perlu belikan Flash Card untuk mikhail..

ABC

123

Alif Ba Ta..

Jangan ditangguh lagi..huu

Monday, 5 January 2015

toys kat lazada..beli jgn tak belii

http://www.lazada.com.my/hape-double-rainbow-stacker-919627.html colorful.comelll..nakk

http://www.lazada.com.my/100-pcs-wooden-brick-set-blue-688294.html building block versi murah 100pcs

http://www.lazada.com.my/jd-city-170pcs-150-pcs-wooden-20-pcs-picture-card-educational-wooden-block-meet-en71-europe-safety-standard-870620.html building block tapi comel

http://www.lazada.com.my/my-magic-tool-box-924337.html magic toolbox ni toys mencabar tapi bagus hehe

http://www.lazada.com.my/spongebob-squarepants-shape-multi-function-tool-platform-sb0027-892831.html mesti mikhail suke sbb spongebob

http://www.lazada.com.my/educational-toys-learn-abc-abc-british-cards-744536.html learn abc...looks good

http://www.lazada.com.my/shape-sorting-activity-board-762552.html shape sorting bes sbb byk bentuk

http://www.lazada.com.my/wisecube-knocks-ball-wisdom-shape-wheel-768375.html boleh ketuk2 & sorting shape lagi bes..

beli cup ikeaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..buat blok2 yg baruu


Sunday, 4 January 2015

Aktiviti kanak2 yang murah & bagus untuk perkembangan minda!

Credit : http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/01/aktiviti-kanak-kanak-yang-murah-bagus.html

Baca ni sangat bagus!

Toys yang nak beli untuk mikhail


Learning laptop ni dengar kata elok bg anak cepat belajar..jom try..ada nampak jual kat tesco ari tu...MUST BUY


Blocks macam ni adalah lebih powerful dari flash card. Make sure mikhail dah hafal dan kenal huruf abc dan 123 sebelum umur 2 tahun! Very powerful then flash card! MUST BUY



Building block ada target utk stage2 dia..umur 15bulan dah pandai buat 2 tower block...boleh tengok link sebelum ni.. MUST BUY


Instead of bg anak main guna pen... baik bg main ni..senang ..dah conteng bole terus padam..



Dikatakan bagus untuk perkembangan otak anak juga...boleh try.


Teringin nak beli utk mikhail. MUST BUY

Bagi Yang Selalu Selesema!

Credit : http://kautahutak.blogspot.com/2012/03/bagi-yang-selalu-selsema.html

Bagi yang mempunyai hidung sensitif seperti aku akan selalu bersin yang mengakibatkan selsema atau yang badannya tak dapat nak sesuaikan diri dengan cuaca yang kejap hujan kejap panas. Antara makanan yang sesuai untuk anda bagi membuatkan selsema cepat sembuh atau reda ialah:





Ubi Keledek

Mungkin agak pelik kenapa perlu makan ubi keledek, tapi ia memang elok untuk menghilangkan selsema. Ia membekalkan vitamin C dan A selain potassium serta kalsium.









Kacang Brazil
Kekacang! ia boleh meningkatkan sistem imun badan, tapi paling sesuai ialah kacang brazil yang mempunyai kandungan antioxidant yang tinggi atau almonds yang mempunyai vitamin E yang tinggi






Bawang Putih
Bagi yang mampu nak makan bawang putih mentah-mentah, boleh beli garlic kapsul yang dijual di farmasi, murah je sekarang ni.






Cili Benggala?
Cili benggala ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi daripada oren, selain itu ia membekalkan anda dengan air untuk menggantikan badan yang terhidrat tuh







Cendawan
Jangan makan cendawan yang boleh buat korang high pulak! cendawan mempunyai beta-glucan yang penting untuk sistem imun badan anda.



Dark Chocolate

Paling best, dark chocolate. Makanan yang mengandungi koko ini dapat membantu sel T anda untuk melawan  virus yang menyebabkan selsema dalam badan anda.




Madu
Jangan dilupakan madu lebah memang baik untuk kesihatan. Madu lebah yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria boleh dibancuh dalam air panas. Jangan lupa guna sudu plastik, Dr. Fadzilah Kamsah kate sudu besi menyebabkan khasiat madu hilang.






Jangan dilupa minum banyak air untuk ganti air yang hilang dari badan